Bikesrepublic

Sultan Johor Perkenan Harley-Davidson Lebar Sayap Ke Selatan Tanah Air

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan dengan rancangan Harley-Davidson untuk melebarkan perniagaan di Johor Baharu.

Pengedar eksklusif Harley-Davidson, Didi Resources Sdn Bhd akan membuka Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di kawasan Jalan Stulang Laut sekitar suku kedua tahun ini.

Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee telah pun mengadap Sultan Ibrahim di Istana Flintsones, Mersing bagi mempersembahkan perancangan tersebut.

Sultan Johor bertitah pembukaan Pusat 3S itu sebagai simbol kepercayaan Didi Resources dan Harley-Davidson terhadap potensi ekonomi negeri Johor.

“Dalam keadaan semasa, mereka masih mampu mengembangkan perniagaan di sini serta mempunyai ramai pengikut jenama mereka.

“Jalan Stulang Laut merupakan antara lokasi tumpuan dan saya berharap mereka juga dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan dan kelangsungan operasi perniagaan yang kelak dapat menyuntik ekonomi Johor,” titah Baginda Tuanku Sultan.

Harley-Davidson merupakan antara jenama motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat yang memiliki peminat besar di Malaysia termasuk di Johor.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan