Bikesrepublic

SIC MiniGP Pusingan 1 Berlangsung Hujung Minggu Ini

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama-sama ZK Racing menganjurkan pusingan pertama SIC MiniGP pada 16 Ogos ini.

Berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC), SIC MiniGP ini membabitkan 5 pusingan yang akan berlangsung di litar sama dan merupakan sebahagian daripada MAM Speedweek.

Kejohanan ini merupakan salah satu daripada inisiatif pembangunan akar umbi tatkala membabitkan 21 pelumba seawal usia 8 hingga 13 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif turut berkongsi keterujaan kejohanan tersebut.

“SIC sentiasa mengalukan program akar umbi seperti Kejohanan SIC MiniGP yang akan berlangsung pada Ahad ini.

“Saya teruja untuk melihat pelumba muda kita beraksi. SIC ingin melahirkan lebih ramai bakat muda di masa akan datang melalui program ini dan pelapis baru untuk saingan antarabangsa,” jelasnya.

Pelumba yang terlibat akan beraksi menggunakan BucciMoto BR-10 GP dengan usia 8-11 tahun menunggang jentera 110cc manakala usia 12 hingga 13 tahun beraksi menggunakan jentera 160cc.

Pada masa sama, ini merupakan langkah seterusnya bagi pelumba muda yang sebelum ini berjinak dengan ‘pocket bike’ ke jentera dengan rangka penuh yang dilengkapi sistem pertukaran gear klac manual dan sistem ‘suspension’ yang sempurna.

Sementara itu, pelumba juga akan dilengkapkan dengan gear perlumbaan yang telah diluluskan FIM, menjalani latihan fizikal dan mental termasuk pemakanan di samping menerima tunjuk ajar daripada pelumba pengalaman antaranya Zulfahmi Khairuddin, selaku pengurus ZK Racing.

“Saya sangat gembira untuk memulakan perlumbaan pada minggu ini dimana, ini adalah acara pertama kami untuk program SIC MiniGP yang melibatkan pelumba-pelumba dari usia 8 – 13 tahun.

“Persiapan kami juga berada dalam keadaan yang baik. Saya sangat berharap program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama SIC dan MAM serta sokongan dari pihak KBS,” katanya.

Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda, kejohanan ini akan dijalankan secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton bagi memastikan risiko jangkitan wabak Covid-19 dapat dikurangkan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube