Bikesrepublic

Shuib Sepahtu Salahkan Segelintir Mat Motor, Rosakkan Imej YSuku

Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, menerusi laman Instagram @shuibsepahtu telah memuat naik kenyataan menyalahkan segelintir ‘mat motor’ yang menyertai perlumbaan haram punca pihak berkuasa bakal mengambil tindakan tegas terhadap motosikal yang diubah suai.

Dalam perkongsian tersebut, Shuib menyifatkan tindakan ‘mat motor’ yang merakam aksi perlumbaan haram dan aksi di jalan raya telah memberi kesan buruk sehingga mendapat perhatian polis.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikongsikan sebelum itu – yang kemudiannya dipadam selepas menerima kecaman – Shuib menyifatkan dirinya antara yang memulakan fenomena YSuku.

 

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima kecaman netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Ada juga yang turut menyalahkan Shuib sebagai punca utama yang menarik perhatian pihak berkuasa terhadap trend ubah suai motosikal.

Isu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSuku) menjadi hangat baru-baru ini apabila Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, mendedahkan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap motosikal yang diubah suai terutamanya YSuku yang kini turut popular dikalangan selebriti tanah air.

Datuk Azisman turut menegaskan motosikal yang diubah suai berdepan tindakan disita.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan