Bikesrepublic

Polis DiRaja Malaysia Lancarkan Program Kembara PDRM

  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melancarkan “Kempen Kembara PDRM” di Kuala Lumpur tempoh hari.
  • PDRM berharap yang acara ini akan mendekatkan mereka dengan orang ramai.
  • Pihak polis memerlukan kerjasama orang ramai bagi memerangi jenayah.

Sejumlah 60 orang pegawai senior dan para pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengambil bahagian dalam satu acara ‘outreach’ bergelar “Kembara Polis DiRaja Malaysia (PDRM)” di Pusat Membeli Belah MyTown pada tempoh hari yang lalu.

Program ‘outreach’ ini adalah satu inisiatif bagi merapatkan jurang antara penguatkuasa undang-undang dan orang awam dalam membina kerjasama membanteras jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim telah berkata bahawa program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai aktiviti jenayah di samping memberikan peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu keselamatan.

Konvoi tersebut bermula dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur sebelum membuat sejumlah tujuh hentian, termasuklah Dataran Putra di Putrajaya, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras, Restoran Pelita Ampang, Majid Al-Firdaus Segambut Luar, Pasar Borong Selayang, KL Sentral dan berakhir di Pusat Membeli Belah MyTown.

Ia juga diharapkan yang program ini akan menyemarakkan semangat Merdeka, menggalakkan warga Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu Hari Kebangsaan.

“Kami berharap yang orang ramai akan menyokong kami dalam program unik ini,” ujar Datuk Mazlan.

Sumber: Utusan Online Gambar: Sep Irran

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan