Bikesrepublic

Pengembaraan Dominar Rides Bersambung Ke Janda Baik

Susulan kejayaan Dominar Rides edisi pertama ke Ipoh, Perak, pengembaraan diteruskan kali ini babitkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rimba Valley Motocamp di Janda Baik, Pahang.

Seperti biasa, konvoi berkumpul di Circle Cafe, Kelana Jaya untuk sesi sarapan pagi ringan dan taklimat tentang perjalanan dari ketua marshal.

Sementara itu, setiap pemilik Modenas Dominar V1 dan V2 diminta menjalani ujian kendiri Covid-19 bagi menjamin keselamatan keseluruhan konvoi.

Setelah selesai dan jam menunjukkan 9.30 pagi, konvoi terus memulakan perjalanan sebaik selesai sesi bergambar bersama motosikal masing-masing.

Stesen minyak BHP di Karak menjadi hentian pertama konvoi sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Genting Sempah.

Kali ini, konvoi diambil alih ‘sweeper’ dan meneruskan perjalanan menyelusuri laluan satu lorong menuju ke Rimba Valley Motocamp.

Menariknya, perjalanan ke Rimba Valley memberi peluang kepada pemilik Dominar V1 dan V2 merasai kemampuan jentera masing-masing menempuh laluan berliku dan kadang-kala sempit dengan permukaan tidak rata.

Bukan itu sahaja, konvoi juga berpeluang merasai pengalaman menunggang ‘off-road’ sebaik tiba di pintu masuk Rimba Valley Motocamp sebelum konvoi disambut Kapten Nik Huzlan yang merupakan hos Dominar Rides kali ini.

Sebaik tiba, konvoi disajikan makanan bertemakan BBQ. Sejurus selepas itu, pemilik V1 kemudiannya diberi peluang menguji Dominar D400 UG melalui kawasan sekitar Janda Baik.

Pengembaraan tak berhenti disitu apabila Kapten Nik membawa beberapa rider menyelusuri air sungai dengan jentera Dominar D400 UG yang terletak 500 meter ke dalam dari tapak khemah.

Meskipun laluan ke Janda Baik lebih pendek berbanding ke Ipoh namun konvoi berjaya merasai pelbagai senario sewaktu menunggang.

Sementara itu, perjalanan Dominar Rides seterusnya bakal membawa pemilik Dominar V1 dan V2 ke Pengkalan Balak, Melaka.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube