Bikesrepublic

Pengedar Benelli Baharu Dilantik di Malaysia – jentera moped 150cc dalam pembinaan

  • Mforce Bike Holdings sebagai pengedar baharu

  • Pemasangan, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan

Benelli, pengeluar motosikal dari Itali mengumumkan hari ini bahawa syarikat tersebut dengan rasminya melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Di atas perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia.

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd juga merupakan syarikat yang menguruskan jenama pengeluar motorsikal SYM di Malaysia juga. En. Asri Ahmad, Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, menegaskan semua pemilik Benelli akan terus menikmati faedah dan perkhidmatan tambahan yang dibekalkan oleh syarikat. Sebagai tambahan, semua Pusat Servis Mforce di Malaysia akan memberikan sokongan perkhidmatan selepas jualan bermula dari bulan Mac kepada semua motosikal Benelli yang terjual sebelum ini.

Mforce Bike Holdings merancang untuk meningkatkan variasi model-model Benelli di Malaysia. Sebagai permulaan produk-produk sepert iLeoncino 500, 302R, TRK 502 dan lain-lain sedang diberi perhatian serius oleh syarikat. Selain dari motosikal berkuasa tinggi, Mforce Bike Holdings akan memperkenalkan buat pertama kalinya moped Benelli dalam bulan April 2017 nanti. Enjin 150cc yang baru tersebut mematuhi tahap piawaian“EURO STANDARD”, dilengkapi dengan ciri-ciri utama seperti suntikan bahan-api, gear 6 kelajuan dan sistem penyejukan air.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web utama Benelli atau laman Facebook mereka.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube