Bikesrepublic

Panik Topi Keledar Jadi Sarang Lebah

Seorang pekerja kilang mengalami detik cemas apabila topi keledar miliknya yang diletakkan pada motosikal bertukar menjadi sarang lebah dalam kejadian petang Sabtu (5 Januari) lepas.

Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu pekerja berkenaan hendak pulang ke rumah sebelum menyedari situasi itu dan terus bertindak menghubungi Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik PDPA Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom memberitahu, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang, seramai empat anggota dikerah menuju ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan parkir kilang.

Katanya, setelah tiba di lokasi, anggota APM bertindak mengalihkan topi keledar itu ke kawasan yang lebih selamat sebelum menggunakan kaedah pembakaran bagi menghalau lebah.

Beliau menambah, “Kejadian kali ini amat unik kerana lebah hinggap di dalam topi keledar.”

“Anggota kami selalunya berhadapan kes-kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok dan di rumah penduduk sahaja,” katanya.

Operasi tersebut tamat pada jam 5.15 petang dimana kesemua lebah telah berjaya dihalau.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan