Bikesrepublic

Motosikal Naked Moto Corsa 2000cc Sedang Dibangunkan?

  • Sebuah motosikal naked Moto Corsa 2,000cc sedang dalam perancangan untuk diperkenalkan pada tahun hadapan oleh sebuah pengedar motosikal yang bertapak di UK bergelar Moto Corsa.
  • Diberi nama Moto Corsa 2K, motosikal naked berprestasi tinggi ini akan dilengkapi dengan panel badan karbon fiber dan juga kelengkapan lain dari Öhlins, Dymag, dan Beringer.
  • Jentera yang berorientasikan prestasi amat tinggi ini akan dijana oleh sebuah enjin ‘V-Twin’ 1,961cc S&S dengan 100hp dan 180Nm tork.

Sebuah pengedar motosikal bergelar Moto Corsa, yang berasal dari Barat Laut England telah mendedahkan rancangan mereka untuk memulakan penghasilan sebagai sebuah pengilang motosikal skala kecil premium dan jentera pertama mereka sudah pasti sebuah jentera yang cukup ‘buas’ sekali. Buat masa ini, motosikal naked Moto Corsa 2,000cc sedang dalam pembangunan dan pelan mereka termasuklah jumlah pengeluaran pertama sebanyak 20 unit sebagai permulaan.

Diberi nama Moto Corsa 2K, motosikal naked berprestasi tinggi ini akan dilengkapi dengan sebuah enjin ‘V-Twin’ 1,961cc S&S yang dikatakan mampu menghasilkan sekitar 100hp dan lebih daripada 180Nm tork maksimum. Ia juga didatangkan dengan penggayaan yang anggun dan pelbagai kelengkapan mewah yang lain bagi memuaskan hati para penggemar motosikal rekaan premium di seluruh dunia.

Dari segi prestasinya, model Moto Corsa 2K ini dikatakan dapat menawarkan tahap kebolehtunggangan yang hebat, di mana ianya ditala oleh T3 Racing. T3 Racing mempunyai pengalaman yang meluas dalam penalaan motosikal lumba yang bertanding dalam kejohanan British Superbikes. Keseluruhan kuasa akan dipacu ke roda belakangnya melalui sebuah kotak gear manual lima kelajuan.

Buat masa ini, model Moto Corsa 2K ini masih dalam tahap prototaip, di mana mereka merancang untuk menyuntiknya dengan pelbagai aspek berorientasikan prestasi sebanyak yang mereka mampu. Antaranya adalah panel badan keseluruhan karbon fiber dan roda berprestasi tinggi karbon fiber Dymag, pakej suspensi Öhlins, sistem brek Beringer, dan bermacam-macam lagi.

Sekiranya anda berminat, Moto Corsa telah pun membuka pra-tempahan untuk motosikal ini sekarang, dan ianya sedia untuk tahap pengilangan menjelang awal tahun hadapan. Tanda harganya? Sekitar £40,000 (RM214,305).

Ulasan Tanggapan Pertama Triumph Scrambler 1200 2019

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube