Bikesrepublic

Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10RR WorldSBK Lebih Pantas Daripada Motosikal MotoGP?

Sumber imej: WorldSBK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Jonathan Rea yang menunggang jentera Kawasaki Ninja ZX-10RR WorldSBK 2018-nya itu telah menetapkan catatan masa terpantas pada sesi ujian hari Jumaat di Jerez, Sepanyol pada minggu lalu.
  • Juara WorldSBK tiga kali itu lebih pantas daripada ke lapan-lapan orang penunggang MotoGP yang lain yang telah mengadakan ujian jentera masing-masing pada hari Jumaat itu.
  • Sesi ujian empat hari itu berkesudahan dengan Rea mencatat masa keempat terpantas yang hanya 0.323 saat di belakang Andrea Dovizioso yang menunggang jentera Ducati Desmosedici MotoGP-nya.

Jonathan Rea (Sumber imej: WorldSBK)

Pada minggu lalu, Litar Jerez telah riuh dengan aksi dari kedua-dua pasukan MotoGP dan WorldSBK yang telah menguji jentera terkini mereka bagi musim 2018. Hari terakhir sesi ujian itu telah melabuhkan tirainya pada hari Jumaat dan keputusannya agak mengejutkan. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team) yang mengemudi jentera pengilangnya, Kawasaki Ninja ZX-10RR telah mencatatkan masa yang terpantas dengan 1:37.986.

Andrea Iannone (Sumber imej: MotoGP)

Berbanding dengan penunggang MotoGP terpantas pada hari Jumaat itu, Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR), Jonathan Rea dengan jentera perlumbaan WorldSBK-nya itu telah mencatatkan masa 0.044 saat lebih pantas. Penunggang berusia 30 tahun dari Britain yang telah memenangi 39 perlumbaan, berada di atas podium sebanyak 79 kali dan telah merangkul takhta WorldSBK selama tiga tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2017 telah mengejutkan semua orang apabila dia telah mencatat masa yang lebih pantas daripada ke lapan-lapan orang penunggang MotoGP yang juga turut menguji jentera bagi musim 2018 pada hari Jumaat itu.

Pol Espargaro (Sumber imej: MotoGP)

Di antara lapan orang penunggang MotoGP berkenaan adalah Alex Rins (Team SUZUKI ECSTAR), Pol Espargaro dan Bradley Smith dari Red Bull KTM Factory Racing, Danilo Petrucci dan Jack Miller dari OCTO Pramac Racing Ducati, dan Scott Redding dari Aprilia Racing Team Gresini.

Scott Redding (Sumber imej: MotoGP)

Ke lapan-lapan penunggang MotoGP berkenaan berada di kedudukan sepuluh teratas pada hari Jumaat itu bersama dengan teman sepasukan Jonathan Rea, Tom Sykes, yang menduduki tangga ke-lima. Kami ingin ingatkan yang Kawasaki Racing Team masih sedang dalam usaha menala semula jentera Ninja ZX-10RR 2018 mereka bagi mematuhi peraturan baru yang telah mengehadkan sebahagian daripada prestasi motosikal itu, termasuklah dengan mengehadkan sebanyak 1,200rpm daripada jangkauan ‘top-end’ rpm.

Tom Sykes (Sumber imej: WorldSBK)

Secara keseluruhannya, sesi selama empat hari itu berkesudahan dengan Andrea Dovizioso (Ducati Team) menduduki tangga teratas catatan masa diikuti oleh Cal Crutchlow (LCR Honda) dan Jorge Lorenzo (Ducati Team). Jonathan Rea dan jentera Kawasaki WorldSBK-nya telah mencatatkan masa ke-empat terpantas bagi keseluruhan ujian empat hari berkenaan.

Andrea Dovizioso (Sumber imej: MotoGP)

Gempak sungguh Abang Johnny ini.

Sumber imej: WorldSBK

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kawasaki Ninja Zx-10R 2018 terkini ini, TEKAN SINI.

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube