Bikesrepublic

MotoGP: Yonny Hernandez Gantikan Jonas Folger Di Ujian Musim Sejuk Sepang

  • Bekas penunggang bagi pasukan Aspar MotoGP, Yonny Hernandez, akan menggantikan Jonas Folger bagi membantu pasukan Monster Yamaha Tech 3 sewaktu ujian musim sejuk Sepang.
  • Penunggang berusia 29 tahun kelahiran Colombia itu akan mempamerkan kemahirannya buat kali pertama di atas jentera Yamaha M1 MotoGP.
  • Hernadez juga telah dikatakan sebagai salah seorang penunggang yang telah disenarai pendek sebagai penunggang bagi tahun 2018 untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Pasukan Monster Yamaha Tech 3 telah mengumumkan bahawa Yonny Hernandez bakal menggantikan Jonas Folger pada hujung minggu ini sewaktu ujian musim sejuk Sepang 2018. Penunggang berusia 29 tahun kelahiran Colombia berkenaan telah dipilih kerana pengalaman luasnya dengan jentera MotoGP dalam tempoh masa lima tahun.

Bekas penunggang bagi pasukan Pull&Bear Asper itu dikatakan sebagai salah seorang penunggang yang telah disenarai pendek bagi menggantikan Folger yang sedang dalam proses pemulihan. Kancah MotoGP telah dikejutkan apabila Folger telah mengumumkan pada awal bulan ini bahawa dia tidak akan bersaing untuk musim ini dengan pelan untuk pulih sepenuhnya dari Sindrom Gilbert yang telah dialaminya.

MotoGP: Jonas Folger TIDAK AKAN BERLUMBA Pada Tahun 2018

Menurut Hernandez, “Saya semestinya gembira untuk diri sendiri kerana berpeluang untuk menunggang motosikal MotoGP sekali lagi. Saya berasa amat senang hati kerana saya dapat melakukan segala ujian dan berkerjasama dengan sebuah pasukan dan jentera yang mengagumkan. Saya teringin sekali mengetahui perbezaannya menunggang sebuah motosikal Yamaha, kerana sepanjang kerjaya saya hanya telah mengemudi jentera Ducati. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Yamaha Monster Tech 3 dan terutamanya kepada Herve Poncharal kerana memberikan saya peluang unik ini.”

Ketua Pasukan Tech 3, Herve Poncharal menambah dengan mengatakan, “Saya berbesar hati untuk memberikannya peluang untuk menguji selama tiga hari dan dengan itu, memberikannya peluang bagi mempamerkan potensinya kepada Yamaha Motor Corporation dan pasukan Monster Yamaha Tech 3. Namun, belum ada keputusan muktamad akan diambil sebelum kami pulang dari Sepang. Yang pasti, kami akan menganalisa secara terperinci prestasi Yonny sewaktu ujian ini dan sudah pastinya, dia adalah salah seorang penunggang dalam senarai pendek kami untuk tahun 2018.”

Pasukan Monster Yamaha Tech 3 merancang untuk memperkenalkan penunggang bagi tahun 2018 mereka pada bulan Februari ini sewaktu ujian pra musim di Thailand. Pada hari Ahad ini pasti akan menjadi satu sesi yang amat menarik sekali di mana kita akan dapat menyaksikan prestasi Yonny Hernandez di atas sebuah jentera Yamaha M1 MotoGP.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

Sumber: MotoGP

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan