Bikesrepublic

MotoGP: Marquez Tetapkan Masa Terpantas Di Buriram pada Hari 2

 

  • Marc Marquez (Repsol Honda) telah menyambut hari lahirnya yang ke-25 dengan penuh bergaya sekali semalam dengan mencipta rekod catatan masa terpantas di Buriram.
  • Dani Pedrosa tidak jauh ketinggalan di belakang, berada di kedudukan P2 dengan catatan masa 1:30.127.
  • Jack Miller (Alma Pramac Racing) terus mengagumkan semua orang dengan mencatatkan masa pusingan ketiga terpantas pada hari tersebut di atas jentera Ducatinya.

 

Hari kedua bagi ujian pra musim MotoGP 2018 di Buriram telah menyaksikan berbagai keputusan yang berbeza namun para penunggang dari pasukan Repsol Honda telah menunjukkan kehebatan mereka dengan mencatatkan masa pusingan yang terpantas pada hari tersebut. Marc Marquez telah menyambut hari lahir ke-25nya dengan penuh bergaya sekali apabila dia menjadi penunggang pertama yang mencatatkan masa di bawah paras 1 minit 30 saat di Litar Antarabangsa Buriram dengan catatan 1:29.969.

Dani Pedrosa juga turut mempamerkan prestasi yang cukup menakjubkan dengan catatan masa 1:30.127 pada awal sesi hari tersebut. Tampaknya, para penunggang Honda sudah berasa cukup gembira dengan aturcara 2018 mereka dan berita yang telah tersebar telah mengatakan yang mereka telah pun selesai menguji enjin yang akan mereka gunakan bagi musim 2018.

Jack Miller (Alma Pramac Racing) terus mengagumkan keseluruhan lapangan MotoGP dengan menetapkan catatan masa ketiga terpantas pada hari kedua ujian dengan catatan masa 1:30.185. Nampaknya, gaya penunggangan penunggang muda dari Australia itu merupakan pasangan yang cocok dengan motosikal Ducati Desmosedici GP17 kerana dia hanya ketinggalan sejauh 0.058 saat sahaja di belakang penunggang pasukan pengilang Honda, Dani Pedrosa.

Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) nampaknya telah memperbaiki masanya dan berjaya mendapat P4. Tampaknya, penunggang muda dari Sepanyol itu telah berjaya menangani masalah elektronik misteri yang telah membataskan prestasi jentera perlumbaan Yamaha M1 mereka sejak hari terakhir ujian musim sejuk di Sepang.

Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) tidak jauh ketinggalan di P5 dengan catatan masa 1:30.360. Walaupun menunggang jentera tahun lalu, Zarco berjaya menetapkan catatan masa kelima terpantas pada Hari 2 ujian, yang mana ianya lebih pantas berbanding Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) dan jentera Ducati Desmosedici GP18-nya.

Alex Rins (Suzuki ECSTAR) juga telah mempersembahkan prestasi yang memberangsangkan yang mana telah meletakkannya di P7, di hadapan penunggang yang mendapat sokongan penuh pengilang dari pasukan LCR Honda CASTROL, Cal Crutchlow. Kedua-dua penunggang telah terlibat dalam kemalangan dalam hari sebelumnya namu telah berjaya memperbaiki kedudukan keseluruhan mereka pada Hari 2 ujian di Thailand ini.

Penunggang pasukan pengilang Ducati telah melengkapkan senarai sepuluh penunggang terpantas dengan Andrea Dovizioso di P9 dan Jorge Lorenzo di P10. Kedua-dua penunggang tersebut telah menumpukan lebih perhatian kepada ujian pelbagai ‘aerofairing’ yang berbeza semalam, di mana ianya mungkin sekali punca mengapa mereka tidak terlalu fokus akan menetapkan catatan masa terpantas.

Penunggang negara, Hafizh Syahrin berjaya memperbaiki catatan masa di atas jentera Yamaha M1 yang dibekalkan oleh pasukan Monster Yamaha Tech 3. Walaupun menamatkan Hari 2 di kedudukan P23, Dia berjaya mencatatkan masa pusingan hampir dua saat lebih pantas dari hari sebelumnya. Satu pencapaian yang cukup baik memandangkan ianya hari kedua dia di atas jentera Yamaha M1.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini Ujian MotoGP Thailand.

Sumber: MotoGP

MotoGP: Hafizh Syahrin Gembira Dengan Kemajuan Hari Pertama

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube