Bikesrepublic

Modclass Speedway Perkenalkan Motosikal Moden Klasik Ke SIC!

  • Sesi hari litar Modclass Speedway yang pertama telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.
  • Kira-kira 20 orang pemilik motosikal moden klasik telah mengemudi jentera mereka untuk menikmati keseronokan di atas litar.
  • Acara Modclass Speedway ini adalah anjuran Tiga Moto dan disokong oleh Moto Guzzi Malaysia.

Bilakah kali terakhir anda melihat sekumpulan motosikal moden klasik berlumba di atas litar? Ianya sudah pasti satu acara yang jarang berlaku dan awal hari ini, Modclass Speedway telah menganjurkan acara julung kalinya buat sebahagian pemilik motosikal moden klasik yang bersemangat mengemudi jentera mereka mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dianjurkan oleh Tiga Moto dan disokong oleh Moto Guzzi Malaysia, hampir 20 buah motosikal yang terdiri daripada motosikal keluaran Moto Guzzi, Aprilia, Ducati, BMW Motorrad, Suzuki, serta Kawasaki telah diketuai oleh sebuah Moto Guzzi V7 Racer yang cukup cantik sekali, dikemudi oleh Ketua Jabatan Selepas Jualan Moto Guzzi Malaysia, Idon Pang.

Seperti mana yang kebanyakan daripada anda telah sedia maklum, The Gasket Alley, Petaling Jaya adalah rumah bagi Moto Guzzi Malaysia. Di dalam premis yang merumahkan beberapa buah kedai yang menarik itu, Tiga Supply Company terletak betul-betul di tengah laluan utamanya.

Selain daripada menjual kelengkapan menunggang yang bermutu dan juga sejumlah rangkaian pakaian, Tiga Moto juga dikenali penganjur, tuan rumah, dan juga pihak yang bertanggungjawab untuk mengumpul dan memperagakan koleksi yang menarik termasuklah pertunjukan motosikal klasik Museumoto di Festival Ram Jam 2018 baru-baru ini, dan Majlis Berbuka Puasa Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community 2018.

Bercakap dengan orang kuat Tiga Moto yang lebih mesra dikenali sebagai Joe, Tiga Moto ada rancangan besar untuk komuniti motosikal model klasik dan vintaj di dalam negara. Sesi hari litar yang pertama anjuran mereka ini telah pun menarik minat sejumlah pemilik dan mereka berharap yang sesi yang berikutnya (yang dirancang akan diadakan pada bulan Disember, jika tiada aral melintang) akan mengumpul jumlah pemilik yang lebih besar bagi menikmati pengalaman penunggangan yang hebat mengelilingi litar.

Apakah matlamat utama mereka dalam penganjuran acara ini? Jika jumlah penyertaannya lebih baik dari apa yang dijangkakan pada tahun ini, kita mungkin sahaja akan dapat menyaksikan ‘piala moden klasik’ yang pertama di Malaysia dianjurkan pada tahun 2019! Sesetengah negara di Eropah telah mengadakan perlumbaan jentera moden klasik di sebilangan acara dan ianya sudah pasti merupakan satu prospek yang amat menarik melihat jika perlumbaan ini menzahirkan diri di tanah air kita.

Jadi, buat semua pemilik motosikal moden klasik di luar sana! Sekiranya anda berminat untuk mengambil bahagian pada acara yang seterusnya, kunjungilah kedai Tiga Moto Supply Company yang terletak di The Gasket Alley dan dapatkanlah maklumat lanjut di sana. Buat pengetahuan anda, mereka juga akan menganjurkan perhimpunan kecil bagi Distinguished Gentlemen’s Ride 2018 pada 30 September 2018. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah www.facebook.com/tigasupplycompany.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube