Bikesrepublic

LEGO Perkenalkan LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy!

LEGO Group memperkenalkan model LEGO Creator Expert – sebuah Harley Davidson Fat Boy yang boleh didapati di semua kedai LEGO bermula 1 Ogos, 2019.

Dihasilkan dengan kerjasama Harley-Davidson, model terperinci ini memaparkan intepritasi LEGO terhadap model ikonik ini dengan elemen yang direka khas bagi menyamai Harley-Davidson Fat Boy.

Melibatkan 1,023 keping, model tersebut didatangkan dengan tayar solid-disc, tangki fuel-drop, speedometer dan ekzos berkembar.

LEGO turut menghasilkan beberapa bahagian yang boleh bergerak antaranya tayar belakang yang boleh dipusingkan lalu membuatkan bahagian piston bergerak. Bukan itu sahaja, bahagian ‘handlebar’, gear dan brek juga boleh digerakkan.

“Kami teruja kerana dapat menghidupkan kembali motosikal Harley-Davidson ini tetapi dalam saiz LEGO,” kata Pereka Utama bagi LEGO Group, Mike Psiaki.

“Model ini benar-benar menggambarkan rekaan dan ciri ikonik yang terdapat pada model sebenar. Model ini secara tidak langsung akan menjadi koleksi paling sesuai bagi peminat Harley dan LEGO,” tambahnya.

Bagi meraikan pelancaran model tersebut, LEGO Master Builders telah menghasilkan model LEGO mengikut saiz sebenar termasuklah kawalan animasi Wi-Fi dan kesan lampu bagi menyerupai Harley-Davidson Fat Boy sebenar.

Rekaan luar biasa itu mengambil masa lebih 865 jam untuk dihasilkan menggunakan 69,569 keping LEGO.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube