Bikesrepublic

Ketatkan Larangan Pengubahsuaian Motosikal – Lee Lam Thye

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa kerajaan untuk menangani isu mat rempit yang menyumbang kepada angka kematian tinggi dalam negara.

Gesaan itu dibuat susulan kejadian yang berlaku di Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (SILK) apabila dua anggota polis maut ketika mengejar suspek lumba haram.

“Sehingga 2021, terlalu banyak kes kematian membabitkan anggota keselamatan dan samseng jalanan. Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji langkah untuk mengatasi kegiatan ini,” jelas Lee Lam Thye.

Tambahnya lagi, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan pihak kerajaan adalah membabitkan pengubahsuaian motosikal.

“Antara cadangan yang boleh diambil kira ialah mengetatkan larangan terhadap pengubahsuaian motosikal yang ingin digunakan di jalan raya.

“Langkah ini dapat menghalang aktiviti memperaga motosikal yang diubah suai di jalan raya daripada berlaku,” katanya.

Menurut Lee Lam Thye, isu samseng jalan telah berlaku lebih 20 tahun namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang berkesan dalam membendung gejala itu.

“Kerajaan perlu bertindak segera untuk menghapuskan samseng jalanan dan satu daripadanya melalui pindaan terhadap undang undang seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 agar hukuman boleh dipertingkat lagi,” tambahnya.- BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan