Bikesrepublic

JPJ Melaka Lelong Mini Cooper 2005 Serendah RM4,500!

Sumber: BH TV @ Youtube

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan mengadakan sesi lelong kereta pada 15 Ogos ini di JPJ Bukit Katil, Melaka yang melibatkan 87 kereta yang telah disita.

Menurut laporan Berita Harian, lelong tersebut akan dimulakan terlebih dahulu dengan dua van dan sebuah lori pada jam 9.30 pagi.

Antara yang mencuri tumpuan adalah model jenis MINI Cooper 2005 dengan harga lelong bermula dari RM4,500!

Difahamkan, kesemua kenderaan yang dilelong telah disita bermula 2014.

Bagaimanapun, daripada 87 kenderaan ditawarkan, 79 daripadanya adalah kereta klon sementara enam lagi dikategorikan sebagai tidak boleh didaftar, termasuk MINI Cooper tersebut.

Antara kenderaan lain yang bakal dilelong:

  • BMW
  • Subaru Impreza
  • Honda Stream
  • Honda Jazz
  • Honda Accord
  • Toyota Wish

Kereta paling murah ditawarkan adalah sebuah model Proton Saga 1998 dengan harga lelong bermula serendah RM450.

Sementara itu, Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif menjelaskan bahawa harga bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan individu yang berminat untuk mendapatkan dokumen bidaan perlu membayar RM100 di samping deposit RM2000.

Tarikh akhir untuk membeli dokumen tersebut adalah pada 13 Ogos ini.

(SUMBER: Berita Harian)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube