Bikesrepublic

Ini 6 Kenderaan Paling Ikonik Dalam Francais Avengers!

Selepas 22 filem dalam tempoh 11 tahun, francais Avengers kini tiba ke penghujungnya dengan Avengers: The Endgame yang kini di tayangkan di pawagam seluruh negara.

Dalam tempoh sama kita telah disajikan dengan aksi tanpa henti oleh setiap watak dan tidak lupa juga beberapa jentera ikonik yang menjadikan francais Marvel antara filem yang paling digemari ramai.

Sebelum Thanos sempat memetik jarinya buat kali kedua, kita lihat antara kereta dan motosikal yang telah membuat penampilan dan francais Avengers selama ini:

1. Audi R8 (Siri Iron Man, Avengers: Age of Ultron, Captain America: Civil War)

Audi R8 meraih populariti yang cukup tinggi sejak diperkenalkan dalam filem Iron Man yang pertama pada 2008. Generasi pertama R8 menjadi kenderaan ikonik buat Tony Stark (Robert Downey Jr). Audi R8 Spyder turut membuat penampilan dalam Iron Man 2 diikuti Audi R8 e-tron dalam Iron Man 3. Audi R8 generasi kedua turut muncul dalam Avengers: Age of Ultron dan kemudian dalam Captain America: Civil War.

2. Honda NSX Concept (The Avengers 2012)

Jika anda menyaksikan Avengers Phase 1 bagi Marvel Cinematic Universe yang pertama kalinya mengumpulkan kesemua ‘superhero’dalam satu filem. Anda pastinya tidak terlepas kemunculan pertama Honda NSX Concept di penghujung filem. Bukan sahaja peminat filem berasa teruja malah peminat kereta juga melompat apabila Honda memaparkan buat julung kalinya NSX Concept!

3. Chevrolet Corvette Stingray (Captain America: The Winter Soldier 2014)

Meskipun filem ini beri fokus pada Steve Rodgers (Chris Evans) sebagai Captain America namun kereta tersebut membuat penampilan dengan Natasha Romanoff atau Black Widow (Scarlett Johansson) sebagai pemandu!

4. Lamborghini Huracan (Doctor Strange 2016)

Penampilan Lamborghini Huracan seakan gandingan tepat buat watak Stephen Strange (Benedict Cummberbatch) yang memaparkan imej berlagak, sombong dan seorang playboy. Tapi sayang, kerana Strange dan Huracan kemudiannya terhumban ke dalam gaung begitu sahaja.

5. Harley-Davidson LiveWire (Avengers: Age of Ultron 2015)

Ramai yang tertanya-tanya motosikal apa yang sebenarnya ditunggang Black Widow dalam filem ini? Harley-Davidson memberikan sekilas gambaran jentera elektrik yang bakal mereka perkenalkan secara rasminya bagi tahun 2020!

6. Harley-Davidson Street 750 2014 (Captain Americ: Winter Soldier 2014)

Harley-Davidson telah pun membuat penampilan setahun sebelum projek LiveWire dengan Harley-Davidson Street 750 2014. Jentera yang dihasilkan di India itu muncul dalam beberapa babak penting filem tersebut dan turut membuat penampilan dalam Avengers: Age of Ultron.

Hakikatnya banyak lagi kenderaan yang telah membuat penampilan dalam francais Marvel antaranya Lexus LC (Black Panther), Ford Mustang (Guardians of The Galaxy Vol.2), Triumph Spitfire (Ant-Man) dan Chevrolet Tahoe (Captain America: The Winter Soldier) .

Apa yang pasti disebalik kejayaan Marvel dengan francais Avengers, penampilan jentera-jentera ini turut memainkan peranan penting dalam membantu setiap ‘superhero’. Diharapkan kita dapat menyaksikan lebih banyak penampilan kereta dan motosikal dalam filem-filem akan datang!

(SUMBER: Car and Bike)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube