Bikesrepublic

Hong Leong Lancarkan Motosikal MT-09 Terbaru Dari RM47,388

  • Motosikal Yamaha MT-09 telah menjadi pilihan popular bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal besar yang agresif semenjak dari pelancarannya.
  • Motosikal MT-09 yang baru telah diubah rupa parasnya dan diberikan ciri-ciri peningkat prestasi.
  • Ditetapkan harganya pada paras yang menggiurkan RM47,388 (termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Motosikal Yamaha MT-09 telah menjadi sebuah model pilihan bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal yang agresif serta pengalaman tunggangan yang mengujakan semenjak ianya dilancarkan di Malaysia beberapa tahun yang lalu, dan perombakan rupa paras atau pengemaskinian telah pun dijangkakan.

Penantian itu telah berakhir apabila Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) melancarkan motosikal Yamaha MT-09 terbaru pada malam ini. Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM menggelar motosikal terbaru ini sebagai “Motosikal Street Fighter Paling Muktamad”.

Tampak jauh lebih agresif dan ranggi berbanding sewaktu kali pertama pendahulunya tiba di jalan raya Malaysia, model terbaru ini diilhamkan oleh saudaranya yang lebih besar, MT-10.

“Ketibaan motosikal MT-09 terbaru ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat Yamaha ke arah aspirasinya untuk menjadi jenama kenderaan motor rekreasi dan gaya hidup idaman ramai.” Ujar Dato’ Jim.

Enjin motosikal ini masih lagi kekal enjin sejukan cecair, 847cc, tiga selari, namun kini telah diperkasakan lagi dengan:

1. Quickshifter.
2. Klac ‘Assist & Slipper’.
3. Kawalan cengkaman.
4. ABS di bahagian hadapan dan belakang.
5. Suspensi hadapan dan juga belakang boleh laras sepenuhnya (termasuklah mampatan dan redaman lantunan).

Bagaimana pun, ciri yang paling menonjol pada motosikal MT-09 terbaru ini adalah lampu hadapan dan belakang LED, penggayaan keseluruhan serta komponen-komponennya yang lebih ramping dan kemas. HLYM akan menawarkan motosikal MT-09 terbaru ini dalam dua pilihan warna yang dinamakan Night Flou (Grey) dan Tech Black. Ia akan mula tersedia di pengedar-pengedar rasmi Yamaha Big Bike bermula pada bulan Februari 2018.

HLYM telah menetapkan harga jualan motosikal terbaru itu pada harga yang kompetetif, iaitu RM47,388 (termasuk 6% GST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

HLYM juga telah membuat pratonton bagi skuter Yamaha Xmax 250 sewaktu acara pelancaran berkenaan. Ianya dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2018, dan buat masa ini, belum ada sebarang berita mengenai harganya.

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube