Bikesrepublic

Honda dan Yamaha Akan Memperkenalkan Skuter Hibrid Di Thailand

  • Honda dan Yamaha akan mempromosikan motosikal hibrid mereka di Thailand.
  • Honda telah melancarkan model PCX 150 Hybrid di Indonesia awal bulan ini manakala Yamaha akan melancarkan model hibrid Grand Filano di Vietnam dalam masa terdekat.
  • Walaupun model Honda PCX 150 telah pun dilancarkan di Malaysia beberapa minggu yang lalu, ianya bukanlah model elektrik mahu pun hibrid seperti mana yang kita harapkan.

Honda Motor Co. dan Yamaha Motor Co., berasa yakin mampu mempromosikan skuter hibrid di Thailand dengan tumpuan global beralih ke arah jenis motosikal berkenaan.

Honda telah merancang untuk melancarkan model PCX Hybrid pada bulan Ogos manakala Yamaha telah melancarkan model Yamaha Grand Filano Hybrid di negara Thailand pada minggu lalu. Kedua-dua model tersebut merupakan motosikal hibrid pertama bagi kedua-dua pengeluar berkenaan.

PCX Hybrid 150cc dilengkapi dengan bateri litium-ion 48-volt, dengan ekonomi bahanapi pada paras 52.3km/l, dan akan dijual pada harga kurang dari 120,000 Baht (RM14,600).

A.P. Honda Co., jabatan jualan Honda Thailand, yakin mampu mencecah jumlah jualan sebanyak 2,000 unit PCX Hybrid untuk setiap tahun.

Sebaliknya pula, model Yamaha Grand Filano ditetapkan pada paras 55,000 Baht (RM6,700). Thai Yamaha Motor Co., mensasarkan untuk menjual sebanyak 7,000 unit setiap bulan, berasaskan harganya yang lebih berdaya saing.

Pasaran motosikal tempatan Thailand dihuni oleh sekitar 2 juta unit, dengan A.P. Honda menguasai 80% pasaran tersebut, dan Thai Yamaha pada 15.2%, bagi separuh pertama tahun ini.

Kerajaan Thailand berhasrat untuk mengubah asas cukai untuk motosikal dari kapasiti silinder ke emisi karbon monoksida, berikutan perubahan yang sama untuk kereta yang telah dikuatkuasa pada tahun 2016.

Pelancaran model hibrid kedua-dua pengeluar ini boleh meningkatkan kesedaran mengenai kenderaan mesra alam sekitar dalam negara tersebut.

Surapong Paisitpattanapong, jurucakap bagi sebuah kumpulan automotif di Federation of Thai Industries, berkata yang permintaan untuk motosikal hibrid di Thailand dijangka akan beransur meningkat, seperti mana untuk kereta hibrid, kerana pengeluar memerlukan masa bagi meningkatkan kesedaran akan teknologi baharu ini.

Honda telah memperkenalkan model PCX Hybrid di Indonesia pada awal bulan ini dan akan mula menjualnya di Jepun pada 14 September nanti, manakala Yamaha sedang merencana pelancaran model Grand Filano di Vietnam.

Honda PCX 2018 Dilancarkan Oleh Boon Siew Honda

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan