Bikesrepublic

Harga Triumph Tiger Sport 660 Diumumkan – RM49,900

Pengedar rasmi jenama Triumph Motorcycles di Malaysia, Fast Bike telah pun mengumumkan harga rasmi Tiger Sport 660, RM49,900.

Harga rasmi tersebut sekaligus menyaksikan pihak Triumph Motorcycles Malaysia menunaikan janji memastikan model tersebut ditawarkan harga bawah RM50 ribu dan hanya lebih RM6 ribu berbanding model Trident 660.

Tiger Sport 660 dijangka bakal menarik ramai peminat sepertimana yang dipamerkan Trident 660, yang sentiasa kehabisan stok sebaik mendarat di pusat pameran Triumph Motorcycles Malaysia.

Dibangunkan dengan enjin tiga silinder 660cc sama yang terdapat pada Trident 660, Tiger Sport tampil dengan elemen motosikal ‘sport tourer’ sekaligus menawarkan ciri praktikal dan serba boleh.

Model baharu ini juga bakal memberi saingan terhadap Kawasaki Versys 650 dan Suzuki V-Strom 650 XT di Malaysia.

Tiger Sport 660 ini menghasilkan 79hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm dengan Triumph dakwa 90 peratus tork dapat dirasai seawal 3,600rpm.

Ciri lain yang turut dibawa dari Trident adalah fungsi dua mod tunggangan, Rain dan Road, sistem Ride-by-Wire dengan transmisi 6-kelajuan serta ciri klac assist/slipper.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan ABS dwi-saluran yang dipadankan dengan kaliper brek Nissin dua piston depan bersama cakera brek 310mm depan dan 255mm belakang.

Bagaimanapun, perlu diingatkan sistem ABS tersebut tidak boleh dipadamkan.

Antara ciri menarik lain turut ditawarkan adalah seperti berikut:

  • fork depan USD 41mm Showa
  • monoshock belakang Showa
  • tinggi tempat duduk 835mm
  • tangki 17.2L
  • lampu LED penuh
  • paparan TFT berwarna dengan fungsi My Triumph Connectivity

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan