Bikesrepublic

Ducati Peroleh Keuntungan Sebanyak 7% Pada Tahun 2018

  • Ducati telah memperoleh margin keuntungan sebanyak 7% bagi tahun 2018.
  • Keuntungan itu diperolehi meskipun ketika kemerosotan global sebanyak 2.7% bagi pasaran motosikal melebihi 500cc dan kejatuhan sebanyak 9% bagi pasaran Amerika Syarikat.
  • Walaupun hasilnya berkurangan, pengeluar berkenaan berjaya menggantikan kerugian dengan penjualan model bermargin lebih tinggi seperti Panigale.

Ducati telah mengumumkan margin keuntungan sebanyak 7% bagi tahun 2018.

Jumlah bagi tahun 2018 ini diperolehi meskipun berdepan dengan kemerosotan global dalam jualan motosikal melebihi 500cc. Pengeluar dari Itali tersebut telah menyerahkan sejumlah 53,004 unit, berbanding dengan 55,871 pada tahun 2017. Ianya menandakan penurunan sebanyak 5.1% dalam kemerosotan sedunia sebanyak 2.7%. Jualan Ducati paling terkesan dalam pasaran terbesar mereka, iaitu Amerika Syarikat, di mana pasarannya jatuh sebanyak 9 peratus.

Namun begitu, ini adalah tahun keempat yang berturut-turut di mana pengeluar dari Itali tersebut berjaya menjual lebih daripada 50,000 buah motosikal.

Keuntungan pada tahun 2018 adalah sebanyak €699 juta, penurunan daripada €736 juta pada tahun 2017, yang bermakna keuntungan operasi mereka adalah sebanyak €49 juta berbanding €51 pada tahun sebelumnya. Margin operasi ini adalah pada kadar 7% pada tahun 2018, sama seperti tahun yang sebelumnya. Ducati berjaya menggantikan pengurangan jumlah motosikal yang dijual dengan jualan model yang bermargin lebih tinggi, seperti rangkaian motosikal Panigale. (Panigale muncul sebagai motosikal lumba paling laris pada tahun 2018.)

Ducati Panigale V4 Dinamakan Motosikal Lumba Terlaris Dunia Bagi 2018

“Tahun 2018 adalah satu tahun yang mencabar dari pelbagai sudut pandangan, tetapi, kami tetap berpuas hati dengan prestasi kewangan sepanjang tahun yang sukar ini,” umum Claudio Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding. “Syarikat telah menjana sumber bagi meneruskan pembiayaan pembangunan produk-produk baharu yang mana cukup positif untuk masa hadapan.”

Ketua Pegawai Kewangan Ducati Motor Holding, Oliver Stein, menambah, “Kestabilan kewangan adalah teramat penting buat syarikat bagi mendokong program pembangunan teknologi yang mana sedang diusahakan oleh Ducati secara sepenuhnya.”

Jumlah ini telah diumumkan sewaktu pembentangan tahun kewangan 2018 Audi Group.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube