Bikesrepublic

Ducati Bakal Dedahkan Model 2020 Menerusi Strim Langsung

Saban tahun, EICMA merupakan acara kemuncak bagi pengeluar dan peminat jentera dua roda bagaimanapun Ducati bakal melakukan sesuatu yang berbeza kali ini apabila bakal menayangkan barisan model 2020 menerusi strim langsung (live stream).

Pengeluar motosikal Itali itu bakal membariskan kesemua model pada 23 Oktober ini menerusi strim langsung yang akan ditayangkan secara atas talian dan di setiap laman sosial Ducati.

Model apa yang boleh dijangkakan?

Setakat ini, hanya dua jentera yang diketahui umum akan diperkenalkan antaranya Ducati Streetfigther V4 dan Multistrada V4 yang telah pun dirakam menjalani sesi ujian di Itali.

Bagaimanapun, timbul dakwaan – oleh media lain – bahawa jentera tersembunyi di dalam gambar ditayangkan merujuk kepada Ducati Monster baharu.

Sambutan EICMA akan menurun?

Pastinya menarik untuk melihat sama ada pengeluar lain akan mengikut jejak sama seperti Ducati dengan memperkenalkan model baharu menerusi strim langsung.

Seandainya perkara itu berlaku, adakah ini menandakan pengakhiran terhadap pameran motosikal terutamanya EICMA?

Apa pendapat anda?

(SUMBER: Adventure Rider)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan