Bikesrepublic

Ducati Amerika Syarikat Panggil Semula 651 Unit Panigale 1199 Dan 1299

Ducati Amerika Syarikat telah memanggil semula model Panigale 1199 SL (2014-2018), Panigale R V2 (2014-2018), Panigale 1299 SL (2014-2018) dan Panigale 1299 FE (2014-2018) yang dijangka melibatkan lebih 651 unit.

Ducati mendapati terdapat beberapa kes telah berlakunya limpahan minyak enjin yang kemudiannya akan mengalir ke airbox lalu mengena bahagian tayar belakang menerusi airbox drain.

Senario itu amat membahayakan tatkala boleh menyebabkan tayar belakang hilang cengkaman lalu membawa kepada kemalangan.

Meskipun tiada laporan kemalangan sedemikian dilaporkan setakat ini namun Ducati enggan mengambil risiko tersebut lalu membuat keputusan untuk memanggil semula unit terlibat.

Menurut agensi keselamatan jalan raya Amerika Syarikat, NHTSA, panggilan semula akan berkuatkuasa 28 Oktober ini dan pemilik yang terlibatkan akan dijemput untuk membuat temu janji.

Jentera terkesan kemudiannya akan dikemas kini dengan kit blow-by valve serba baharu yang akan memastikan airbox drain tidak lagi menyalurkan limpahan minyak tersebut.

(SUMBER: Ride Apart)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube