Bikesrepublic

Deruman Pesta Motosikal Utara 2019 Bermula

  • Pesta Motosikal Utara 2019 telah bersiap sedia untuk memeriahkan Tahun Baru Cina.
  • Acara ini akan diadakan di Ipoh dan Langkawi pada dua hujung minggu berlainan.
  • Acara-acara ini akan dianjurkan oleh Goh Brothers dan Sheng Fatt Motor.

Bagi menyambut Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Goh Brothers dan Sheng Fatt Motor telah bergabung tenaga untuk membawakan anda Pesta Motosikal Utara 2019 yang akan berlangsung di dua buah lokasi di bawah.

Audi Ipoh – 18 hingga 20 Januari 2019

Volkswagen Langkawi – 25 hingga 27 Januari 2019

Edisi Langkawi dikatakan teramat istimewa, di mana kami dengar akan ada tawaran istimewa bebas cukai.

Pesta Motosikal Utara akan menampilkan empat jenama premium iaitu Harley-Davidson, Moto Guzzi, Aprilia, dan Ducati. Acara ini menawarkan promosi istimewa yang tidak boleh diperolehi di bilik pameran. Inilah peluang terbaik untuk mendapatkan barangan, aksesori, kelengkapan menunggang dan pakaian yang anda idamkan.

Selain itu, para pemilik empat jenama motosikal berkenaan boleh melawat acara ini bagi melakukan pemeriksaan pada motosikal kesayangan mereka. Penganjur acara akan menggerakkan pasukan bergerak mereka untuk memeriksa dan menyelenggara motosikal anda.

Turut disediakan makanan dan minuman di kedua-dua acara berkenaan.

Kedua-dua tarikh berkenaan adalah masa yang terbaik buat para pemilik untuk beramah mesra sesama mereka. Mana tahu, anda mungkin dapat bertemu teman baharu untuk konvoi yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Kheoh di talian 012-401 8932.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube