Bikesrepublic

Peluang Anda Untuk Memenangi Pengalaman VIP MotoGP Motul!

  • Motul kini sedang menjalankan satu pertandingan Motul Rhythm dimana para pemenangnya akan di beri ganjaran berupakan pengalaman VIP MotoGP Motul di Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix tahun ini.
  • Untuk menyertainya, peserta perlu mencipta dan menghantar klip audio 15 saat (had 5 klip untuk satu peserta) yang mengandungi rentak yang menraik dicipta menggunakan motosikal sebagai pencitpa bunyi utama.
  • Para pemenang utama akan dapat menghasilkan runut bunyi original bersama dengan beberapa DJ terkenal Malaysia yang akan diperkenalkan sewaktu acara MotoGP persendirian Motul.

 

 

Perhatian kepada para peminat MotoGP! Motul kini sedang menjalankan pertandingan “Motul Rhythm” di mana para penggemar permotoran berpeluang untuk memenangi Pengalaman VIP Motul di pusingan MotoGP Shell Malaysia tahun ini yang akan tiba pada bulan hadapan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mencipta rentak yang menarik dengan hanya menggunakan motosikal. Anda dapat palu, pulas, ketuk, atau gunakan sebarang instrumen atau alatan bagi mencipta bunyian yang anda inginkan. Hasilkan sebuah klip audio pendek sepanjang 15 saat dan muat naik rentak ciptaan anda ke laman sesawang pertandingan Motul Rhythm.

Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar sebanyak lima klip audio yang berbeza dan sekiranya anda terpilih sebagai pemenang hadiah utama, bersedialah untuk mengalami pengalaman yang terhebat dalam hidup anda, gaya Motul X MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

Dua orang pemenang hadiah utama akan menjadi sebahagian daripada runut bunyi ciptaan DJ terkenal Motul yang akan diperkenalkan oleh Terence C di acara persendirian Motul semasa hujung minggu MotoGP tahun ini di Sepang.

Sumber imej: http://www.youredm.com

Pemenang hadiah utama juga akan dapat menyertai pengalaman VIP Motul di mana Motul akan juga menghadiahkan anda dengan tiket untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP, atau lebih dikenali sebagai “perlumbaan motosikal terhebat dunia”.

Mereka yang terpilih sebagai pemenang tempat ke-dua, tiga, dan pemenang saguhati juga akan menerima hadiah berupa bekalan produk Motul selama satu tahun, barangan premium Motul, dan banyak lagi. Segeralah hantarkan penyertaan anda kerana pertandingan ini tamat pada 10 September 2017!

Sumber imej: MotoGP

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertandingan Motul Rhythm ini, anda boleh layari laman sesawang http://motulrhythm.com/my/. Jangan lupa untuk membaca syarat dan terma sebelum anda menyertainya!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan