Bikesrepublic

Modenas Dominar 250 Dirasmikan – 27HP, RM13,797https://www.bikesrepublic.com/featured/first-look-2024-honda-em1-e-electric-scooter

Seperti yang diramalkan sebelum ini, Modenas dengan rasminya melancarkan Dominar 250 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM13,797 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Membuat penampilan sulung di Malaysia Autoshow 2023, kemunculan Dominar 250 itu adalah bagi memberi akses meluas pada pelanggan yang mahukan motosikal ‘sport-touring’ namun pada harga lebih mampu milik. 

Bernadikan enjin KTM Duke 250, Dominar 250 sertai barisan jentera bersesaran 250cc lain antaranya, Yamaha R25, Honda CB250, KTM Duke 250 dan Modenas Z250.

Bagaimanapun, sebagai motosikal berkonsepkan ‘touring’, enjin 248cc satu silinder DOHC itu telah ditala untuk menghasilkan 27hp pada 8,500rpm dan 23.5Nm pada 6,500rpm berbanding DUKE 250 yang menjana 29.6hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm. Kehadiran ‘twin-cam’ juga memastikan enjin ini mempunyai tork puncak yang lebih tinggi dan menyumbang kepada kuasa enjin yang lebih baik berbanding ‘single-cam’. 

Atas kertas, Dominar 250 ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 132km/j. 

Berdasarkan rekaan keseluruhan, Dominar 250 masih lagi mengekalkan ciri yang terdapat pada Dominar D400 kecuali beberapa perubahan ketara antaranya tayar, dan cakera brek yang lebih kecil.

Menariknya, versi 250 ini masih lagi dilengkapi ABS dual-channel dan tangki minyak berkapasiti 13L. 

Menurut Modenas, Dominar 250 ini datang dengan tiga warna pilihan; Sparkling Black, Racing Red dan Citrus Rush. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube