Bikesrepublic

BIKE NATION Pengedar Terbaru Husqvarna

 

  • BIKE NATION telah dilantik sebagai pengedar sah bagi Husqvarna Motorcycles.
  • BIKE NATION akan mengendalikan Pusat 3S Husqvarna.
  • Kedai pengedar ini akan diketuai oleh Tan Tee Heng.

 

Pusat pakar motosikal ‘off-road‘ dan supermoto, BIKE NATION SDN. BHD., telah dilantik sebagai pengedar sah bagi Husqvarna Motorcycles. Pelantikan ini telah dibuat oleh pembekal dan pengimport rasmi Husqvarna Motorcycles di Malaysia, Premium World Motorsports Sdn. Bhd. Husqvarna Motorcycles, atau nama popularnya Husky atau Huskies terdiri daripada rangkaian motosikal ‘off-road‘ dan motocross premium yang berasal dari Sweden.

Pusat perkhidmatan dan bilik pameran BIKE NATION yang sedia ada di Dataran Mentari, Bandar Sunway kini akan juga menjadi pusat 3S Husqvarna. Bahagian jualan dan pengurusannya akan diketuai oleh bekas pelumba jalan raya dan motocross, Tan Tee Heng akau lebih dikenali sebagai Ah Heng dikalangan penunggang berpengalaman. Tan percaya bahawa warisan hebat Husqvarna sejak 1903 dan kejayaan sekian lamanya dalam kancah perlumbaan ‘off-road‘ mempunyai ikutan yang besar di dalam negara.

“Husqvarna mempunyai sejarah memenangi kejohanan motocross sejak tahun 1950-an dan masih lagi mengaut penamat di atas podium dengan pelumba bintangnya seperti Graham Jarvis dan Max Nagl. Husqvarna mempunyai produk-produk khusus bagi pelbagai disiplin penunggangan tanah pamah, seperti motocross, enduro, dan supermoto,” ujar Tan, yang merupakan juara Shell 4-Hours Endurance Race pada tahun 1983 dan 1984.

Perkhidmatan selepas jualan serta produk peningkatan prestasi untuk motosikal Husqvarna sudah semestinya akan disediakan oleh BIKE NATION. Petugas perkhidmatan di BIKE NATION telah memperolehi pengalaman yang luas dalam mengendalikan motosikal Husqvarna dari segala penglibatan mereka dalam siri perlumbaan Supermoto tempatan dan di rantau ini.

“Kami mempunyai 3P di bahagian selepas-jualan untuk Husqvarna Motorcycles – ‘Personnel’, ‘Parts’ dan peningkatan ‘Performance’. Dan bagi penunggang yang berminat untuk bertanding dalam siri perlumbaan, BIKE NATION juga memberikan perkhidmatan perlumbaan,” tambah Tan.

BIKE NATION telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Kejohanan Supermoto Malaysia. Sebagai penganjur dan promoter perlumbaan supermoto BIKE NATION telah memupuk siri berkenaan dari 2012 hingga 2014 yang telah menarik minat penggemar serta pelumba supermoto di rantau ini.

Kejohanan Supermoto Malaysia ini sejak itu telah berkembang menjadi Kejohanan Supermoto Asia FIM yang diiktiraf secara antarabangsa. Kejohanan Supermoto Asia FIM ini telah dianjurkan dan dipromosi oleh ASG (Asia Supersports Group) sejak 2013. BIKE NATION masih memainkan peranan yang penting sebagai rakan kongsi acara kejohanan ini.

BIKE NATION terletak di 18, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, Sunway, Petaling Jaya dan Encik Tan dapat dihubungi di talian 0193535222. Bilik pamerannya di buka dari Isnin hingga Sabtu bermula 9.30 pagi hingga 6 petang.

Produk, perkhidmatan dan lain-lain aktiviti di BIKE NATION juga dikemaskini di laman Facebook rasmi mereka: www.facebook.com/bikenationmalaysia

Varian Enduro, Motocross, dan Supermoto Husqvarna yang tersedia di BIKE NATION serta harga runcitnya adalah seperti di bawah.

  • FE250 2016 – RM34,500
  • FE350 2016 – RM39,000
  • FC250 2016 – RM31,000
  • FC250 2017 – RM37,500
  • FC350 2017 – RM39,500
  • FC450 2017 – RM41,500
  • FE250 2017 – RM41,500
  • FE350 2017 – RM46,500
  • FE450 2017 – RM47,500
  • TE250 2017 – RM37,800
  • TE300 2017 – RM45,500
  • TX300 2017 – RM45,500
  • FS450 2018 – RM55,800
  • FS701 2016 – RM48,000

(Nota: Harga asas beserta GST)

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube