- Sewaktu pertunjukan Motorcycle Live 2017 baru-baru ini di United Kingdom, BMW Motorrad telah memperagakan motosikal BMW R 1200 GS terbaru mereka dengan melakukan lompatan di tengah-tengah dewan berkenaan.
- Dengan berat sebanyak 274kg diisi penuh bahanapi, penunggang ‘off-road’ yang mengemudi motosikal itu membuatkannya tampak mudah dalam ruangan yang kecil itu, di mana menunggang motosikal biasa sekalipun sudah cukup sukar.
- Aturcara BMW GS Experience sewaktu pertunjukan motosikal terbesar di UK itu diatur bagi menonjolkan kebolehan motosikal BMW Motorrad sama ada di atas jalan raya mahu pun tanah merah.