Bikesrepublic

Semudah Manakah Untuk Membuatkan Motosikal BMW R 1200 GS Seberat 274kg Ini ‘Terbang’?

 

  • Sewaktu pertunjukan Motorcycle Live 2017 baru-baru ini di United Kingdom, BMW Motorrad telah memperagakan motosikal BMW R 1200 GS terbaru mereka dengan melakukan lompatan di tengah-tengah dewan berkenaan.
  • Dengan berat sebanyak 274kg diisi penuh bahanapi, penunggang ‘off-road’ yang mengemudi motosikal itu membuatkannya tampak mudah dalam ruangan yang kecil itu, di mana menunggang motosikal biasa sekalipun sudah cukup sukar.
  • Aturcara BMW GS Experience sewaktu pertunjukan motosikal terbesar di UK itu diatur bagi menonjolkan kebolehan motosikal BMW Motorrad sama ada di atas jalan raya mahu pun tanah merah.

Sumber imej: MCN

 

Sewaktu pertunjukan Motorcycle Live 2017 atau juga dikenali sebagai “pertunjukan motosikal terbesar di UK” yang telah berlangsung baru-baru ini, lebih daripada 100,000 ribu penggemar motosikal dari seluruh dunia telah mengunjungi bandaraya Birmingham bagi menyaksikan kemaskini terbaru dalam dunia permotosikalan. Daripada ke semua pengeluar yang telah mengambil bahagian, BMW Motorrad telah mencuri tumpuan ramai terutamanya dengan aturcara ‘indoor-outdoor’ mereka.

Sebagai sebahagian daripada usaha jenama berkenaan untuk memperagakan kebolehan motosikal ‘touring’ mereka, mereka telah menganjurkan BMW GS Experience, di mana motosikal-motosikal mereka itu telah digandingkan dengan pakar penunggangan ‘off-road’. Dan walaupun kebanyakan daripada kita sudah pun menganggap motosikal R 1200 GS ini sebagai jentera yang amat berkebolehan sama ada di atas jalan raya mahu pun tanah merah, apa yang telah dipamerkan oleh para penunggang tersebut di anak bukit tanah merah buatan yang kecil di tengah-tengah dewan acara berkenaan amat menakjubkan sekali.

Dengan berat keseluruhannya pada 274kg, motosikal BMW R 1200 GS itu telah ‘terbang’ untuk seketika sewaktu penunggangnya melompatkan motosikal ‘touring’ di atas anak bukit kecil itu. Walaupun ianya hanya untuk seketika, aksi itu cukup mengagumkan memandangkan betapa mudahnya penunggang berkenaan berjaya melakukan aksi itu dalam kawasan yang amat kecil. Bayangkan sahaja apa lagi yang boleh dilakukan motosikal ini apabila ianya dibebaskan di atas litar bersaiz penuh.

Motosikal BMW R 1200 GS Rallye 2017 terbaru ini baru sahaja dilancarkan pada bulan September yang lalu semasa acara BMW Motorrad Nightfuel di Pulau Pinang. Evolusi terkini GS ini datang lengkap dengan sisi radiator yang telah direka semula bagi mempertingkatkan lagi prestasi enjin 1,170cc, sejukan cecair dwi-silinder ‘boxer’-nya itu. Secara keseluruhannya, motosikal R 1200 GS ini menghasilkan 125hp dan 125Nm tork maksima.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMW R 1200 2017 dan acara BMW Motorrad Nightfuel, TEKAN SINI.

Kami juga turut hadir sewaktu acara Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad GS Trophy peringkat Malaysia dan Singapura 2017. Diadakan di seksyen bahagian luaran Litar Antarabangsa Sepang, kami dapat katakan secara jujurnya yang ianya sememangnya sebuah motosikal yang amat mencabar untuk ditunggang, jadi, melihatnya ‘terbang’ sebegitu adalah sesuatu yang amat mengagumkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad GS Trophy 2017, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan