
Naza Bikes nampaknya sedang menyiapkan model versi reraup penuh untuk model 250cc mereka iaitu N5 R. Ini adalah bertepatan dengan trend masa kini dimana setiap motor 250cc akan mempunyai dua versi iaitu versi jalanan dan reraup penuh. Contoh terbaik mengenai perkara ini adalah Kawasaki Ninja 250SL dengan Z250SL, kedua-duanya model 250cc tetapi diubahsuai sedikit agar dapat menepati kegunaan penunggang yang berbeza-beza. (more…)


Akhirnya tiba juga jentera moped 150cc daripada Honda ini ke Malaysia. Honda RS150R ini bakal menjadi saingan kepada dominasi Yamaha selama ini dengan Y15ZR. Wujudnya persaingan seperti ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga pengeluar akan mula meningkatkan kualiti untuk memenangi hati anda semua. Salah satu perkara pertama yang Boon Siew Honda telah buat dengan betul adalah dengan memberikan nama yang cukup sesuai kepada model ini, RS150R. Senang disebut dan nampak gah.
