Bikesrepublic

Berita Terkini

fb_img_1467934681985.jpg

KEMASKINI: Yamaha akan melancarkan model skuter pada 22 Julai ini, bukan X-Max 250 tetapi Ego Avantis 125cc berasaskan model Mio Soul GT

Yamaha Events Malaysia dalam laman Facebooknya menunjukkan sebuah skuter bersaiz sederhana iaitu Yamaha X-Max 250. Besar kemungkinan ini adalah salah satu klu (hint) bahawa X-Max 250 ini akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Yamaha X-Max 250 adalah skuter sederhana yang kecil sedikit berbanding abangnya iaitu T-Max 530. Jika X-Max diperkenalkan di Malaysia, Hong Leong Yamaha (HLYM)  akan mempunyai 4 jenis skuter dalam barisannya iaitu Ego S (115cc), Ego LC (125cc), NMax (155cc) dan X-Max (250cc). Ini akan memberi pilihan kepada pengguna dalam kategori yang berbeza samada skuter asas hinggalah skuter sederhana.

(more…)

fb_img_1467811734927.jpg

Sekilas pandang terlihat kelibat Benelli 135 yang dikhabarkan akan diperkenalkan di Malaysia dalam suatu masa nanti. Seperti yang kita ketahui (atau tidak), Benelli 135 bersaiz genit yang sama dalam kategori Kawasaki Z125 Pro,  KSR dan Honda Grom.

Sesuatu yang menarik mengenai Benelli 135 ini adalah rekaannya yang menarik disertakan dengan ekzos bergaya seperti MV Agusta F3. Harga Benelli 135 ini juga boleh dijangkakan untuk menjadi kompetitif untuk mengatasi saingannya seperti mana pernah dilakukan pada model Benelli TnT 600 dan TnT 25. Namun begitu, diharapkan agar ketahanannya Benelli 135 cukup baik dengan kesediaan alat ganti setiap masa agar dapat memenangi hati pemiliknya, jika model ini diperkenalkan dengan rasmi nanti.

Sumber: Tengku Suhighme. Thanks bro!

SCR950-2

Yamaha memperkenalkan satu model ikonik mereka dalam barisan ‘Sport Heritage’ iaitu Yamaha SCR950 untuk 2017. Kali pertama melihat model ini, ada terlihat sedikit aura motosikal pada tahun 60-70s dan sedikit cafe racer, tetapi Yamaha mengatakan bahawa model ini adalah dalam kategori Scrambler. Ini adalah bertepatan dengan singkatan SCR yang digunakan dalam namanya.

Enjin SCR950 berkapasiti 942cc dengan konfigurasi V-berkembar 4-lejang SOHC berpenyejukan udara(more…)

yamaha_2015_mt09_tracer_035

Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi.  (more…)

chappell-Honda-CB900

Modifikasi khas daripada adik-beradik Chappell memberikan hasil yang sangat mengagumkan terhadap Honda CB900F ini. Tahun pengeluaran CB900F ini adalah 1981 yang merupakan salah satu motosikal dengan siri CB yang popular pada zamannya.

Sentuhan Chappell dapat dilihat pada keseluruhan rekaannya yang nampak mentah dengan menunjukkan kebanyakan isi dalamannya iaitu enjin 985cc yang telah dinaiktaraf. Perincian yang diberikan kepada motosikal ini sangat kemas dan menyerlahkan kecantikan CB900F sebagai satu mesin yang masih relevan untuk era 2000an.  (more…)

Kawasaki-W800-final-edition2

Memandangkan Kawasaki W800 akan dihentikan pengeluarannya pada satu masa nanti dalam 2016, Kawasaki membawakan satu grafik baru kepada W800 ini yang lebih retro dengan tona warna yang sesuai dengan era 60-70an. Sekali pandang, W800 kelihatan seperti motosikal lama tetapi sebenarnya dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberikan lebih ketahanan dan kurang penyelengaraan.  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube