Bikesrepublic

Berita Terkini

MRS-Oficina_Vulcan_Antoine_Sayn-31

A great custom cafe racer modded by Oficina MRS to the base model of Kawasaki Vulcan S. The lowered handle bar, thin seat, straight line along the fuel tank. Stubby exhaust and overall green colour making this bike looks very beautiful. This is the racer we all need.

Source: Return of Cafe Racer

Honda-RS150R-Racing-Boy

Racing Boy kini mengeluarkan kit prestasi dan aksesori untuk dimuatkan kepada Honda RS150R yang telah diperkenalkan di Malaysia pada 13 Jun 2016.

Kit prestasi dan aksesori tersebut adalah:
1. S Series Forged Brake Caliper
2. 295-2 Series Brake Disc
3. S Series Floating Brake Caliper  (more…)

RS150R-repsolAkhirnya tiba juga jentera moped 150cc daripada Honda ini ke Malaysia. Honda RS150R ini bakal menjadi saingan kepada dominasi Yamaha selama ini dengan Y15ZR. Wujudnya persaingan seperti ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga pengeluar akan mula meningkatkan kualiti untuk memenangi hati anda semua. Salah satu perkara pertama yang Boon Siew Honda telah buat dengan betul adalah dengan memberikan nama yang cukup sesuai kepada model ini, RS150R. Senang disebut dan nampak gah.

Honda RS150R mengekalkan spesifikasi yang sama dengan model Honda Winner 150 di Vietnam atau Honda Supra GTR 150 di Indonesia cuma kali ini terdapat lampu isyarat terpisah pada bahagian belakang. Moped berkuasa 150cc ini datang dengan konfigurasi DOHC beserta suntikan bahanapi teknologi PGM-FI yang cukup sinonim dengan Honda. Jika dibandingkan dengan Yamaha Y15ZR yang hadir dengan 5 gear kelajuan, Honda RS150R pula hadir dengan 6 gear kelajuan yang sangat digemari untuk penunggang yang menginginkan kawalan kuasa secara optimum samada ingin lebih pikap atau lebih lajak.  (more…)

2016-YZF-R25-Movistar-Yamaha-MotoGP-002

Yamaha Japan memperkenalkan grafik 2016 edisi terhad untuk model YZF-R25 sempena kemenangan pasukan Movistar Yamaha MotoGP Team dalam perlumbaan MotoGP pada tahun lepas, 2015, dimana Jorge Lorenzo memenangi kejuaraan dengan penuh drama dan kontroversi. Logo baru yang dapat dilihat berbanding dengan edisi Movistar pada 2015 adalah ENEOS dan logo Movistar di tengah-tengah bahagian lampu depan.   (more…)

image

Honda Motorcycles Malaysia telah memuatnaik satu teaser untuk satu model baharunya. Terdapat perkataan RS dalam samar-samar gambar tersebut. Honda RS150?

CBR250RR-2016-large

Sekeping gambar yang dikatakan mungkin model terbaru Honda iaitu CBR250RR tertiris ke media-media sosial. Honda CBR250RR ini dikhabarkan akan menemui pengguna di Indonesia pada Ogos 2016 ini mengikut beberapa blog dari seberang.

Honda CBR250RR adalah model yang dibuat untuk menjadi pesaing kepada Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25 yang mana prestasi menjadi taruhan kali ini. Ketiga-tiga model ini berada dalam kategori sports 250cc dengan enjin 2-silinder. Honda sebelum ini telah memperkenalkan model CBR250R dengan 1-silinder.

Terdapat 4 ciri-ciri utama yang memberikan kelebihan kepada Honda CBR250RR 2016 ini:
1. Throttle-by-Wire
Sistem ini tidak lagi menggunakan kabel untuk membuka dan menutup injap pada badan trotel (throttle body) tapi menggunakan sistem elektronik yang dikawal oleh ECU.  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube