
Boon Siew Honda memperkenalkan model naik taraf iaitu Honda Future FI yang kini disertakan dengan Sistem Suntikan Bahanapi Terancang (Programmed Fuel Injection PGM-FI). Honda Future merupakan satu motosikal yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 kepada pengguna di Malaysia dengan ciri-ciri yang sangat sesuai untuk pemgembara jarak jauh ini. Ciri-ciri tersebut adalah:
- Tangki petrol yang sangat besar pada kapasiti 5.4 liter (biasa moped hanya 4.0 -4.3 liter)
- Ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar dan mampu menyimpan helmet muka penuh dengan senang
- Penjimatan yang tinggi untuk perjalanan sehingga 250km dalam satu isian penuh tangki petrol





