
Apa beza minyak enjin untuk kereta berbanding minyak enjin untuk motosikal?
Minyak enjin untuk kereta digunakan untuk melincirkan bahagian dalam enjin iaitu piston, aci engkol dan pelbagai lagi komponen yang ada dalam enjin kecuali kotak gear. Kotak gear pada kereta mempunyai minyak khas iaitu minyak pelincir untuk transmisi. Tekanan (stress) pada minyak pelincir terhadap enjin kereta tidak begitu besar jika dibandingkan dengan minyak pelincir untuk motosikal. Sebagai contoh; kereta yang berkuasa 105bhp 1.4 liter memerlukan minyak enjin pada faktor tekanan 23 (maklumat dari Shell), manakala untuk motosikal yang hanya berkuasa 600cc mampu menjana 123bhp pula memerlukan minyak pelincir pada faktor tekanan 76. Ini adalah 3 kali ganda berbanding tekanan pada kereta. Perlu juga diingat bahawa hanya dengan satu minyak pelincir tersebut, bukan komponen dalam enjin sahaja yang perlu dijaga oleh minyak pelincir malah juga sistem transmisi yang sensitif terhadap minyak pelincir. Sekiranya tidak tepat pilihan minyak pelincir, klac mungkin boleh mengalami kegelinciran. (more…)





