
CMC Italjet 125 dibawakan oleh Chear Global Sdn Bhd sebagai satu kemunculan dalam kategori skuter bercirikan aura Itali. Pereka bagi Italjet 125 ini adalah Alessandro Tartarini menghasilkan karya indah ini dengan gabungan inovatif, futuristik dan sporty.
CMC Italjet 125 dikuasakan dengan enjin 125cc, 4-lejang 1 silinder berukuran 52.4 x 57.8 mm untuk gerek dan lejangnya. Kuasa yang mampu dijana oleh enjin ini adalah 6.6kW @ 8,000RPM dengan daya kilas maksima pada 8.6Nm @ 6,500RPM. (more…)



Akhirnya tiba juga jentera moped 150cc daripada Honda ini ke Malaysia. Honda RS150R ini bakal menjadi saingan kepada dominasi Yamaha selama ini dengan Y15ZR. Wujudnya persaingan seperti ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga pengeluar akan mula meningkatkan kualiti untuk memenangi hati anda semua. Salah satu perkara pertama yang Boon Siew Honda telah buat dengan betul adalah dengan memberikan nama yang cukup sesuai kepada model ini, RS150R. Senang disebut dan nampak gah.