Bikesrepublic

Berita Terkini

Menyedari pemakaian kerusi kanak-kanak akan dikuatkuasakan kelak, BMW Malaysia memperkenalkan tawaran subsidi khas bagi kerusi kanak-kanak terhad kepada 150 unit sahaja.

BMW Malaysia dengan kerjasama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation menawarkan subsidi serendah RM100 bagi 150 uni sebagai langkah menggiatkan penggunaan kerusi kanak-kanak dikalangan rakyat Malaysia.

Langkah ini sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak bermula Januari 2020.

Sementara itu, sebagai langkah penggalakkan, pemandu yang didapati tidak menggunakan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama hanya akan dikenakan amaran.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Haralz Hoelzl, menyifatkan setiap pengeluar kenderaan harus memberikan penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak.

BMW Malaysia bersama-sama Safe ‘n Sound mensubsidikan 150 kerusi kanak-kanak snskids Ace jenis carrier dengan setiap satunya bernilai RM100.

Ibu bapa yang berminat boleh KLIK SINI bermula hari ini hingga 15 Disember 2019.

“Statistik menunjukkan hanya 30% pemandu yang menggunakan kerusi khas untuk anak-anak mereka, maka ia menjadi lebih mustahak bagi kami sebagai pengeluar kenderaan untuk memberi penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak, dan bersedia untuk mengharungi cabaran dalam usaha untuk mendidik dan meningkatkan aksesibiliti ke atasnya.

“Kami berasa terdorong melihat Kementerian Pengangkutan mengambil langkah yang tegas untuk mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak pada tahun hadapan, namun pada masa yang sama, menyedari bahawa terdapat golongan ibu bapa yang mungkin mempunyai akses terhad ke atas kerusi khas berkenaan – lantas mereka diberikan pelepasan cukai serta yuran eksais yang lebih rendah untuk memperoleh kerusi ini.

“Sehubungan itu, kini kami membawakan program subsidi tersebut menerusi kemudahan dalam talian untuk menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan,” jelasnya.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman membuat luahan kurang mendapat perhatian media tempatan selepas muncul juara sulung kategori ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019.

Bagaimanapun, menurut perkongsian ONEXOX TKKR SAG Team di Facebook, pelumba berusia 35 tahun itu telah berangkat ke Jerman bagi menerima pengikitirafan daripada BMW Motorrad atas kejayaannya di ARRC.

Azlan Shah muncul juara pertama bagi kategori ASB1000 yang julung kalinya dipertandingkan tahun ini di ARRC dengan menunggang BMW S 1000 RR.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Menariknya kejayaan Azlan Shah bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Team turut mendapat perhatian BMW Motorrad.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Malah, bagi ASB1000 ARRC musim 2020, ONEXOX TKKR SAG Team bakal mendapat suntikan empat buah jentera BMW S 1000 RR 2019 termasuk alat ganti yang mencecah EUR25,000 (RM115,649) daripada BMW Motorrad.

Kejayaan ONEXOX TKKR SAG Team di pentas ASB1000 ARRC menandakan penyertaan mereka bukan sekadar mencukupkan kuorum tetapi untuk menoktahkan kedudukan selaku pasukan berwibawa.

Penantian dua tahun untuk menyaksikan skuter popular, Yamaha NMax menjalani penambahbaikan akhirnya tiba dengan model 2020 di lancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

Meskipun tampak sama namun Yamah NMax 2020 kini didatangkan dengan pelbagai ciri terkini antaranya:

  • Dual channel ABS
  • Lampu LED DRL
  • Teknologi Start Stop
  • Smart Motor Generator
  • Keyless
  • USB Charger
  • Panel digital LCD
  • Tangki 7.1L

Menariknya, model 2020 ini turut dilengkapi dengan ‘traction control’.

Penunggang juga boleh berhubung dengan panel LCD melalui telefon pintar menerusi aplikasi Yamaha Y-Connect yang membolehkan panel memaparkan mesej, panggilan dan sistem navigasi.

Sementara itu , enjin 155cc ini mampu menghasilkan 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm.

Proton merekodkan peningkatan 100 peratus bagi bulan November berbanding bulan sebelumnya yang menyaksikan 9,643 unit kenderaan berjaya dijual.

Angka tersebut menjadikan jumlah penjualan kereta Proton mencecah 89,476 unit bagi 2019, peningkatan 50.1 peratus dalam tempoh setahun.

Menurut laporan Berita Harian, Proton kini menguasai 16.2 peratus bagi keseluruhan 2019.

Menariknya, senario ini menyaksikan Proton Saga kembali terajui segmen A dengan 4,091 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, menyifatkan penjualan Saga adalah kejayaan besar sejak dilancarkan dua bulan lalu.

“Kami akan berbincang dengan pembekal untuk menigkatkan jumlah pengeluaran pada tahun depan,” jelasnya.

Sementara itu, penjualan Proton X70 kekal memberangsangkan dengan lebih 2,000 unit dijual bagi bulan November.

(SUMBER: Berita Harian)

Triumph Tiger 900 Rally Pro

Triumph Tiger menerima nafas baharu bagi tahun 2020 dengan lima varian diperkenalkan.

Triumph memperkenalkan Tiger 900, Tiger 900 GT dan GT Pro, Tiger 900 Rally dan Rally Pro menggantikan model XC dan XR sebelum ini.

Penambahbaikan terbaru bagi keluarga Tiger adalah penggunaan enjin lebih besar, 900cc tiga silinder berbanding 800cc sebelum ini.

Rally Pro dan GT Pro

 

Meskipun menghasilkan 93.9hp pada 8,750rpm – sekitar angka sama dihasilkan model terdahulu – namun Triumph mendakwa nadi baharu ini menghasilkan tork lebih tinggi pada RPM yang rendah.

Model baharu ini turut dengan chasis serba baharu di samping kaliper Brembo Stylema – seperti yang terdapat pada Ducati Panigale V4 – yang turut didatangkan secara standard.

Triumph Tiger GT Pro

Bagaimanapun, perbezaan di antara kesemua model terarah kepada bahagian ‘suspension’ dengan Tiger 900 mendapat fork Marzocchi tidak laras dan penyerap hentakan dengan preload sementara Tiger GT didatangkan dengan fork boleh laras – compression dan rebound.

Varian GT Pro pula didatangkan dengan fork sama namun dengan sistem penyerap hentakan elektronik.

Triumph Tiger GT Pro

 

Sementara itu, model Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan sistem penyerap hentakan Showa boleh laras sepenuhnya.

Pada masa sama, varian GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan paparan skrin TFT 7-inci dengan GT Pro dan Rally Pro didatangkan dengan sistem Triumph My Ride.

Antara ciri menarik lain:

  • Cornering ABS dan IMU (GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro)
  • 6 mod tunggangan (Rain, Road, Sport, Rider, Off-Road, Off-Road Pro)
  • Quickshifter (GT Pro dan Rally Pro)
  • Lampu LED
  • USB Port
  • Tangki 20L

Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, melakar sejarah sebagai juara sulung kategori ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 di Buriram, Thailand.

Kategori Superbike julung kali dipertandingkan di ARRC tahun ini dan menyaksikan Azlan Shah muncul juara bersama pasukan ONEXOX TKRR SAG menggunakan jentera BMW S 1000 RR.

Perlumbaan di Buriram ternyata menghadirkan cabaran sengit tatkala merebut takhta dengan Zaqhwan Zaidi dan Broc Parkes.

Bagaimanapun, Azlan berjaya menamatkan aksi Perlumbaan 1 di tempat kedua sebelum memenangi Perlumbaan 2 sekaligus menoktahkan kedudukan selaku juara sulung ASB1000.

Meskipun mengukir nama selaku pemenang sulung kategori tersebut namun kejayaan pelumba berusia 35 tahun itu tidak digembar-gemburkan di media tempatan.

Senario itu sedikit sebanyak membuatkan Azlan berkongsi kekecewaan di laman Facebook miliknya.

Diharapkan kejayaan Azlan Shah tidak diketepikan kerana seperti atlet lain yang membawa nama negara di pentas dunia, Azlan Shah telah menggalas tugas mengharumkan nama negara berulang kali dan dia selayaknya menerima penghargaan terbaik.

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube