Bikesrepublic

Berita Terkini

Shell Malaysia melancarkan kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’ sempena menyambut kedatangan tahun 2020.

Kempen ini memberi seribu satu makna kepada rakyat Malaysia untuk menyambut tahun baru yang bakal menjelma kurang beberapa minggu lagi.

Menurut kajian, 86 peratus rakyat Malaysia bimbang dengan kos sara hidup dan harga rumah yang semakin meningkat dan 76 peratus pula gusar dengan kadar hutang sementara 74 peratus berdepan dengan ketidaktentuan sumber pendapatan.

Menyedari permasalahan ini, Shell menerusi kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang RM20 ribu sekaligus menjamin tahun 2020 yang lebih baik.

Bermual dari 1 Disember hingga 9 Februari 2020, Shell akan menghadiahkan RM1,000 sebagai hadiah saguhati kepada pemenang bertuah setiap minggu.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain mengharapkan kempen ini sedikit sebanyak memberi sinar baharu menjelang tahun 2020.

“Seperti Shell FuelSave 95 yang direka khas untuk pergi lebih jauh, kami berharap RM20,000 ini juga dapat membantu pelanggan.

“Sama ada untuk menunaikan Umrah, perbelanjaan sekolah anak-anak, bayar bil atau membeli kereta baharu, Shell mahu memberikan peluang kepada pelanggan untuk pergi lebih jauh menuju tahun baharu,” jelasnya.

Untuk sertai kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ anda hanya perlu ikut langkah berikut:

Langkah 1. Belanja minimum RM40 dalam satu resit di sebarang stesen Shell
Langkah 2. Hantar penyertaan beserta resit atau imbas kod QR untuk menghantar penyertaan secara online.

Dalam perkembangan sama, Shell turut menawarkan ganjaran tambahan mnerusi kerjasama Touch ‘n Go dan BonusLink.

Dari 1 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020, pelanggan akan menikmati ‘cashback’ RM5 apabila berbelanja minimum RM40 di Shell menggunakan TnG eWallet dan hanya untuk 300,000 transaksi pertama.

Petron Malaysia melancarkan minyak enjin dan produk pelincir khusus dengan teknologi Petron High-Temperature Protection (HTP) di SOFITEL, Bukit Damansara, hari ini.

Bagi pengguna enjin petrol, Petron memperkenalkan Petron Blaze Racing HTP dan Petron Rev-X Turbo HTP bagi enjin diesel.

Petron Blaze Racing HTP merupakan minyak enjin sintetik penuh dengan bahan polyalphaolefi (PAO) sebagai minyak asas yang membantu menangani isu kepanasan enjin melampau berbanding minyak enjin konvensional.

Produk baharu ini turut menawarkan perlindungan enjin optimum daripada masalah hakisan sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin.

Sementara Petron Rev-X Turbo HTP menawarkan perlindungan terbaik bagi enjin diesel turbocharged dan supercharge dengan kawalan haba luar biasa.

Menurut Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy, Petron sentiasa mencari inovasi terbaru dalam penawaran produk.

“Kami sentiasa menjanjikan produk petroleum berkualiti tinggi. Petron HTP dirumus khas untuk menjamin kebersihan, kecekapan dan perlindungan enjin yang terbaik,” jelasnya.

Berikut antara rangkaian produk Petron dengan HTP (termasuk harga):

  • Blaze Racing HTP – RM265 (4L)
  • Rev-X Turbo HTP – RM210 (4L)
  • Gear Oil GHTP – RM37.60 (1L)
  • Brake fluid HTP – RM10.90 (0.25L)
  • Grease HTP – RM23.70 (0.5kg)

Semua rangkaian produk Petron HTP boleh didapati di stesen minyak Petron terpilih seluruh negara dan Shopee.

Sumber: DucatiBikerboys @ Instagram

Emiriah Arab Bersatu (UAE) tak pernah mengecewakan apabila bercakap tentang kereta sport, apatah lagi negara tersebut menggunakan kenderaan bernilai jutaan ringgit untuk pasukan polisnya.

Kali ini, polis Abu Dhabi diperkuat dengan lapan jentera Itali, Ducati Panigale V4R.

Sumber: DucatiBikerboys @ Instagram

Ketika dilancarkan di Malaysia, jentera tersebut dijual pada harga RM299,000!

Ducati V4R merupakan antara jentera ‘superbike’ paling berkuasa di muka bumi dengan 221 hp pada 15,250rpm dan 112.4Nm pada 11,500rpm.

Bagi menampakkan rupa Panigale V4R lebih garang, Ducati melengkapkan jentera tersebut dengan World Superbike Racing style winglet yang diperbuat daripada gentian fiber.

Apa pun, pastinya dengan adanya penguatkuasaan polis yang menunggang Ducati Panigale V4R, tiada sesiapa pun yang akan berani untuk mencetuskan masalah dijalan raya negara terbabit.

Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal dan kereta didalangi Geng Belalang di Kuala Muda, Kedah, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun itu telah pun ditahan di antara 15 hingga 24 November lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, mendedahkan geng tersebut terlibat dalam kes kecurian motosikal dan kereta di sekitar Kedah terutamanya Kuala Muda.

Pihak polis turut berjaya menemukan 20 kerangka motosikal dan empat penutup enjin di sebatang sungai Tanjung Dawai.

Datuk Zainuddin turut memaklumkan bahawa enam daripada rangka dijumpai antara yang dilaporkan hilang.

Difahamkan, kumpulan Geng Belalang terbabit aktif melakukan jenayah ini sejak 2016.

(SUMBER: Harian Metro)

Seorang lelaki yang berniat untuk menjual kereta bagi mendapatkan kereta yang lebih besar demi keluarga berdepan nasib malang apabila dilarikan si pembeli.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagia Honn, memuat naik iklan untuk menjual kereta jenis Mercedes-Benz di Mudah.my pada 18 November lalu.

Dia kemudiannya dihubungi seorang lelaki yang kononnya ejen kepada pusat menjual kereta terpakai dan berminat untuk membeli kereta tersebut.

Mangsa dan ejen terbabit berjumpa di Bukit Jalil untuk sesi pandu uji sebelum ejen terbabit mengajaknya ke PUSPAKOM untuk membuat pemeriksaan ke atas kereta terbabit.

Bagaimanapun, sejurus tiba, lelaki tersebut terus menghunuskan pisau dan mengarahkan mangsa untuk keluar daripada kereta sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Setapak dan kes sedang disiasat mengikut 392/397 Kanun Keseksaan.

(SUMBER: Harian Metro)

Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) menjadi tapak perhentian bagi setiap pemandu dan penunggang di jalan raya namun sejak kebelakangan ini, RnR bukan hanya tidak selamat malah menjadi sarang bagi individu tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter bernama Lisa, berkongsi pengalaman menakutkan apabila ditahan seorang lelaki di RnR Nilai Utara.

Dalam kejadian yang berlaku Khamis lalu, kereta jenis Perodua dipandu Lisa bergegar lalu memaksa dia dan rakannya berhenti di RnR berkenaan untuk periksa paras air radiator.

Ketika itu, tiada tanda yang menunjukkan suhu kereta meningkat lantas dia membuka bonet depan untuk menyejukkan kenderaan.


Kemudian, muncul seorang lelaki berusia 46 tahun dan mula bertanyakan tentang keadaan kereta terbabit.

Lelaki itu lalu meminta kain kotor dan mula meletakkan sesuatu ke dalam radiator sebelum menuang air tanpa bertanya terlebih dahulu.

Sejurus selepas itu, lelaki terbabit terus meminta bayaran sebanyak RM150 lantas membuatkan Lisa dan rakannya terkejut kerana menyangka lelaki terbabit ikhlas untuk membantu.

Selepas memaklumkan mereka tiada duit sebanyak itu, lelaki terbabit memaksa mereka melakukan pindahan duit secara atas talian dan mula memanggil beberapa lelaki lain untuk menghalang mereka meninggalkan RnR itu.


Bagaimanapun, ketika berada di dalam kereta, Lisa dan rakannya berjaya menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba dan menahan lelaki terbabit.

(SUMBER: World Of Buzz)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube