Bikesrepublic

Berita Terkini

Gambar disebalik tabir.

Triumph Motorcycle mengumumkan bahawa model terbaru pengeluar motosikal Britain itu, Triumph Tiger 900 akan menjadi jentera rasmi James Bond dalam filem terbaru No Time To Die yang akan ditayangkan April tahun depan.

Pada masa sama, Triumph Scrambler 1200 turut akan membuat penampilan.

Triumph Scrambler 1200

Triumph Motorcycle dalam satu kenyataan mengesahkan kerjasama dengan filem James Bond berjudul No Time To Die dan EON Productions.

Pasukan Triumph turut bekerjasama dengan pasukan lagak ngeri filem tersebut bagi mempersiapkan Tiger 900 dan Scrambler 1200 untuk sesi penggambaran.

Triumph Tiger 900

Ketua Pegawai Eksekutif Triumph, Nick Bloor menyifatkan kerjasama ini sebagai satu kejayaan baharu.

“Kami teruja kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan filem James Bond terbaru berjudul No Time To Die. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk terlibat dengan banyak produksi filem yang besar.

“Pada masa sama jentera kami juga cukup berupaya untuk ditampilkan dalam filem ini terutamanya Tiger 900,” jelasnya.

Sebelum ini, Triumph Motorcycle turut membuat penampilan dalam filem Mission Impossible 2 menampilkan Speed Triple 955i dan Mission Impossible 6: Fallout yang menampilkan Triumph Tiger 800.

No Time To Die akan ke pawagam pada 2 April tahun depan.

Sumber: Johann Zarco @ Instagram

Meskipun tiada pengumuman rasmi namun Johann Zarco difahamkan telah bersetuju untuk mewakili pasukan Avintia Ducati di MotoGP musim depan.

Sebelumm ini, Zarco dicanang sebagai pengganti Jorge Lorenzo di Repsol Honda namun segala peluang tertutup apabila pasukan juara dunia itu memilih pelumba Moto2, Alex Marquez sebagai pelumba baharu.

Avintia mempunyai kekosongan selepas memberitahu Karel Abraham bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan musim depan sekaligus membuka slot buat Zarco meskipun sebelum ini dia bertegas lebih baik turun ke Moto2 daripada sertai pasukan yang masih lagi terumbag ambing.

Bagaimanapun, menerusi temu bual dengan Moto Journal, Zarco difahamkan telah pun mengesahkan tempatnya di Avintia bagi musim 2020.

Dia mendedahkan keputusannya dipengaruhi Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Corse, Gigi Dall’lgna yang berjaya meyakinkannya sertai Avintia.

Sumber: Asphalt & Rubber

Difahamkan, kontrak Zarco berhubung terus dengan Ducati factory.

“Saya tidak menandatangani kontrak bersama Avintia tetapi dengan Ducati,” jelasnya.

Dia turut tekad mensasarkan kedudukan tujuh terbaik musim depan lantas merebut slot pasukan Ducati factory bagi musim 2021.

Zarco bakal membuat penampilan sulung bersama Avintia Ducati di Winter Test, Litar Antarabangsa Sepang, Februari depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkifli Ismail mahu pinda Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 bagi mengambil tindakan terhadap individu yang salah guna kemudahan asas OKU.

Menurut laporan Berita Harian, akta sedia ada hanya bertindak sebagai pemangkin kesedaran terahadap orang ramai.

Bagaimanapun, dia mengharapkan pindaan akta tersebut akan membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa kerana menggunakan kemudahan OKU terutamanya tempat letak kereta OKU.

“Kami mahu lihat Akta OKU 2008 untuk tidak lagi memberi kesedaran semata-mata tetapi lebih kepada penguatkuasaan.

Difahamkan, pihak JKM masih dalam perbincangan untuk meminda akta tersebut di samping perlu membuat kajian terlebih dahulu.

Zulkifli memaklumkan bahawa pindaan tersebut bukan bertujuan untuk menghukum tetapi lebih kepada menjaga hak kepentingan OKU di negara ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Mickey Leong, memuat naik video yang memaparkan sebuah kereta tanpa pelekat OKU didakwa menggunakan kemudahan OKU di sebuah pusat beli-belah.

Saksikan video tersebut di bawah:

 

Kebelakangan ini, kerap kali media tempatan melaporkan insiden kereta memasuki laluan motosikal sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Sayuti Laniaz memuat naik rakaman video yang memaparkan sebuah kereta jenis Mercedes telah memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menuju ke Subang Jaya.

Meskipun menimbulkan kemarahan netizen terutamanya yang menggunakan motosikal ada juga yang berpendapat pemandu tersebut kemungkinan tidak sengaja tersilap masuk ke laluan terbabit.

Persoalannya, adakah simpang masuk ke lorong motosikal sukar untuk dibezakan atau pemandu tersebut sememangnya berniat untuk menggunakan laluan tersebut untuk mengelak kesesakan jalan raya?

April lalu, dalam satu kejadian di laluan motosikal di Tambak Johor menghala ke Singapura, sebuah kereta jenis Honda Jazz telah memasuki laluan motosikal lalu menyebabkan kemalangan.

Ketika dalam percubaan untuk mengundurkan kereta, sebuah motosikal Suzuki GSX S1000 telah menghentam bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan penunggang mengalami cedera parah.

Apabila isu keselamatan membabitkan pemandu kereta dibangkitkan, ada pihak yang menggesa agar pihak kerajaan mengharamkan motosikal bawah 200cc bagaimanapun, apakah tindakan yang harus diambil terhadap pemandu yang membahayakan nyawa penunggang dan pembonceng motosikal?

Sumber: Gridoto.com

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Garuda Indonesia, I Gusti Ngurah Askhara Danadiputra, akan dipecat serta-merta gara-gara menyeludup sebuah motosikal Harley-Davidson klasik ke negara itu menerusi kapal terbang Airbus baharu.

Jawatankuasa audit diterajui Erick Thohir mendedahkan pihaknya mendapati CEO Garuda – yang turut dikenali sebagai Ari Askhara – itu telah menggunakan jawatannya untuk membuat pembelian sebuah Harley Shovelhead.

Sumber: cycleworld.com

Pihak berkuasa turut menjumpai dua jentera Brompton boleh lipat di dalam kapal terbang terbabit.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Ari telah mengeluarkan arahan pada 2018 untuk mencari jentera tersebut sebelum membuat pembelian pada April tahun ini menerusi akaun peribadi pengurus kewangan Garuda di Amsterdam.

Sementara itu, manifesto penerbangan Airbus yang membawa Harley-Davidson terbabit hanya merekodkan 22 individu tanpa sebarang kargo sekaligus bercanggah dengan kenyataan CEO Garuda terbabit yang mendakwa motosikal terbabit telah pun disahkan dengan pihak kastam.

(SUMBER: Free Malaysia Today)

Boon Siewa Honda melancarkan Honda Wave Alpha terbaru yang didatangkan dengan reka bentuk moden dan grafik serba baharu.

Bahagian depan Honda Wave Alpha kini menggabungkan lampu isyarat kiri dan kanan bagi menawarkan aerodinamik yang lebih baik dan tampak moden.

Bagi memperkukuhkan lagi rekaan sporty, model baru ini didatangkan dengan grafik baharu yang jelas kelihatan di bahagian depan.

 

Tempat duduk pembonceng juga telah dipertingkat bagi menawarkan keselesaan yang lebih baik termasuk pemegang getah.

Bagi memastikan Honda Wave kekal popular dikalangan penunggang harian, model ini dturut dilengkapi ruang letak barang bawah kerusi, tangki 3.7 liter dan starter elektrik.

Honda Wave Alpha boleh didapati dengan warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow.

Berikut senarai harga:

  • Wave Alpha (Cast Wheel) – RM4,589
  • Wave Alpha (Spoke Wheel) – RM4,339

Untuk menyaksikan model baharu ini dengan lebih dekat, pelanggan boleh singgah ke pengedar Honda terdekat.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube