Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang memaparkan dua individu menghina seorang anggota polis ketika melakukan pemeriksaan kenderaan.

Video berdurasi 2 minit 23 saat itu yang direkod isteri pemandu terbabit dengan jelas menunjukkan kedua-duanya menghina dan tidak menghormati pegawai terbabit.

Saksikan rakaman video dibawah:

Dua individu terbabit, lelaki berusia 33 tahun dan isterinya yang sarat mengandung lapan bulan telah pun ditahan Jumaat lalu untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Dia bersama isterinya didakwa atas kesalahan mengganggu Sub Inspektor Zulkifli Md Asid dengan enggan mematuhi arahan untuk mengikutnya ke balai polis.

Menurut laporan The Star, lelaki berusia 33 tahun tersebut bakal berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, isteri berusia 29 tahun turut berdepan dakwaan sama atas kesalahan menghina dan menuduh pegawai polis berkenaan cuba meminta duit.

(SUMBER: The Star)

Seorang pengguna Facebook, Apish Seth, menjadi viral apabila berniat untuk menjual sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tujuh buah helmet.

Bagaimanapun, yang mencuri perhatian adalah harga yang dipinta sebanyak RM165,000!

Menurut perkongsian terebut, jentera RXZ itu merupakan model tahun 2009 dan dilengkapi rim ar125 sementara tujuh helmet tersebut terdiri daripada jenama Arai dan Shoei.

Perkongsian tersebut setakat ini telah pun mencecah 1,700 komen dan 3,000 share dengan rata-rata netizen berpendapat harga yang diminta seakan tidak masuk akal.

Awal tahun ini, sebuah kedai motosikal mencuri tumpuan apabila mengiklankan dua motosikal jenis sama dengan harga RM47 ribu di Masai, Johor Bahru.

Persoalannya, adakah harga RM165 ribu ditawarkan berbaloi bagi sebuah motosikal RXZ dan tujuh buah helmet?

 

Honda Supra GTR 150 (Indonesia)

Sejak dilancarkan pada 2016, Honda RS150R bingkas mendapat tempat di hati peminat kapcai di Malaysia.

Bagaimanapun, dalamt tempoh tiga tahun ini, beberapa model kemas kini telah dipasarkan di negara jiran antaranya, Honda Winner X di Vietnam dan Supra GTR 150 di Indonesia.

Honda Winner X (Vietnam)

Baru-baru ini, kami diberitahu bahawa Honda RS150R V2 akan diperkenalkan dalam masa terdekat di Malaysia.

Meskipun Winner X dan Supra GTR 150 tampak berbeza antara satu sama lain namun kedua-duanya berkongsi enjin yang sama.

Honda Winner X (Vietnam)

Persoalannya, rekaan mana yang akan dibawa masuk ke pasaran negara?

Menurut sumber, Honda RS150R V2 yang akan dibawa masuk adalah berdasarkan Supra GTR 150 yang dijual di Indonesia.

Berdasarkan spesifikasi, Supra GTR 150 menghasilkan 15.7hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm tork pada 6,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.

Berikut antara ciri lain yang terdapat pada Supra GTR 150:

  • paparan meter digital
  • lampu LED
  • DOHC
  • tangki 4.5 liter

Meskipun tiada maklumat rasmi ketika ini namun dijangkakan model V2 ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Baru-baru ini Tesla Motors mencuri perhatian orang ramai dengan pelancaran Tesla Cybertruck.

Meskipun sesi demonstrasi yang dijalankan ketika pelancaran tersebut dianggap ‘gagal’ namun pemilik Tesla Motors, Elon Musk, mendedahkan pihaknya telah pun mendapat lebih 200,000 tempahan dalam tempoh 24 jam.

Sejak majlis pelancaran tersebut, terdapat beberapa gambar Cybertruck telah dimuat naik ke laman sosial namun kali ini, terdapat rakaman jentera terbabit sedang menyelusuri lebuhraya di Amerika Syarikat.

Video berdurasi 36 saat itu memaparkan Cybertruck tersebut sedang memandu dan menariknya, kelihatan sangat futuristik dan seakan-akan CGI.

Tempahan Tesla Cybertruck telah pun dibuka dengan deposit serendah USD100 (RM416.35) berbanding USD1,000 (RM4163.50) yang dinyatakan bagi Tesla Model 3.

Usaha seorang lelaki untuk mencari semula Perodua Kenari yang dijualnya pada 2011 membuahkan hasil dua jam selepas berkongsi hasratnya di Facebook, Sabtu lalu.

Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, telah mencari kereta tersebut sejak enam tahun lalu.

Hafez mula terdetik untuk mendapatkan semula kereta berwarna merah jambu itu selepas dimaklumkan pihak bank terdapat tunggakan sejak 2011.

Dia kemudiannya bertindak mencari kereta tersebut dan beberapa kali telah membuat perkongsian di Facebook akan hasratnya untuk mencari kereta terbabit.

Difahamkan, Hafez telah menjual kereta terbabit kepada seorang wanita yang bersetuju untuk sambung bayar dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM350.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian pada 2013, dia menerima panggilan bank yang menyatakan terdapat tunggakan sehingga dua tahun lantas namanya telah disenarai hitam oleh pihak bank.

Senario itu memaksa Hafez untuk membayar penuh RM10,000 tunggakan pada 2016 untuk membersihkan namanya.

Hafez kemudiannya mengakui berputus asa untuk mencari wanita terbabit – yang dikenali sebagai Noorainul Naqim Mohd Radzi @ Dr Aerin – sebelum wanita tersebut menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini.

Selepas membuat pengesahan, dia kemudiannya menularkan gambar wanita berkenaan bagi menuntut kembali haknya.

Kurang dua jam, Hafez berjaya menemui kereta terbabit kurang 3 kilometer dari rumahnya.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, wanita berkenaan telah menukar nombor plat asal Perodua Kenari terbabit agar tidak dapat dikesan.

Menurut Hafez, wanita berkenaan telah pun menghubunginya dan membayar semula RM10,000 tersebut.

Sebagai penghargaan terhadap kejayaan Petronas Yamaha SRT di pentas MotoGP, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melancarkan Yamaha Lagenda 115Z GP Edition di pusingan akhir Cub Prix, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Majlis pelancaran turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif,  Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Edisi eksklusif itu diinspirasikan daripada pasukan Petronas Yamaha SRT YZR-M1 MotoGP yang ditunggangi Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli bagi musim 2019 yang baru berakhir.

Menariknya, setiap pembelian akan didatangkan dengan sijil eksklusif dengan Yamaha memaklumkan model ini boleh didapati di setiap pengedar ramsi HLYM pertengahan Disember ini dengan harga RM5,580.

Lagenda 115Z GP Edition sertai Yamaha YZF-R15 Monster Limited Edition yang dilancarkan awal tahun ini.

 

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube