Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

ONEXOX TKKR SAG Team mengumumkan penyertaan Markus Reiterberger yang akan beraksi di ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan.

Pelumba berusia 25 tahun itu bakal bergandingan dengan Azlan Shah Kamaruzaman dengan kedua-duanya bakal beraksi dengan jentera baharu, BMW S 1000 RR 2019.

 

Meskipun 10 tahun lebih muda berbanding Azlan Shah namun dia dianggap selaku pelumba berpengalaman susulan pernah menjuarai German Yamaha Cup pada 2010, 2013 dan 2015 manakala muncul juara IDM Superbike Championship dua tahun lalu.

Reiterberger juga memiliki pengalaman di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bersama Althea BMW Racing Team pada 2016.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Musim lalu, ONEXOX TKKR SAG Team berjaya muncul juara sulung kategori ASB1000 menerusi Azlan Shah.

Bila bercakap tentang penggunaan minyak enjin, rata-rata berpendapat semua minyak menawarkan fungsi yang sama meskipun ditawarkan dalam bentuk mineral, separa sintetik dan sintetik penuh.

Hakikatnya, ketiga-tiga jenis minyak ini menawarkan ciri yang berbeza terutamanya produk premium – separa sintetik dan sintetik penuh.

Berikut lima sebab mengapa pentingnya penggunaan produk minyak enjin premium bagi penjagaan motosikal:

1. Lebih Bersih

Minyak enjin premium dapat memastikan ruang dalam enjin dan piston kekal bersih sekaligus membuatkan enjin dapat menyalurkan kuasa dengan lebih efisien.

Senario ini turut membuatkan enjin lebih responsif dan mengelakkan situasi terhenti seperti mana yang sering berlaku terhadap jentera yang dijaga sebaik mungkin.

2. Lebih Perlindungan

Aspek yang paling penting yang ditawarkan minyak enjin premium adalah memastikan perlindungan yang lebih baik agar jangka hayat enjin bertahan lebih lama.

Sebagai pemilik, perkara yang paling menggusarkan adalah jangka hayat motosikal jauh lebih pendek berbanding tempoh pinjaman yang ditempuh bagi memiliki jentera idaman.

Penggunaan minyak enjin premium akan memastikan setiap komponen dapat menawarkan perkhidmatan yang lama.

3. Tahan Suhu Tinggi

Faktor cuaca di Malaysia memainkan peranan yang besar dalam ketahanan enjin.

Penggunaan minyak enjin premium memastikan tahap kelikatan tidak mudah merosot pada suhu tinggi dan mampu menjalankan tugas seperti biasa.

4. Jimat Minyak

Peningkatan kos sara hidup membawa kesan terhadap setiap rakyat Malaysia namun penggunaan motosikal sedikit sebanyak meringankan beban terutamanya dalam perlbelanjaan petrol.

Penggunaan minyak enjin terbaik akan memastikan pembakaran petrol berjalan dengan lebih efisien sekaligus memastikan penjimatan yang tinggi.

5. Kuasa Enjin Kekal Optimum

Penggunaan minyak enjin berkualiti tinggi juga memastikan enjin dapat menghasilkan kuasa seperti jentera baru untuk jangka masa yang panjang.

Pada masa sama membuatkan tindak balas enjin lebih efisien dan tidak berat.

Kesemua lima sebab ini merupakan ciri penting yang harus ditawarkan mana-mana jenama minyak enjin premium.

Ini kerana faktor cuaca, keadaan trafik serta jalan raya di Malaysia mampu menggugat ketahanan setiap enjin jentera dua roda.

Jika anda mencari penyelesaian terbaik, usah gusar kerana anda hanya perlu bergegas ke stesen minyak Shell berdekatan!

Shell menawarkan pelbagai varian minyak enjin yang yakin dapat memenuhi setiap kehendak pengguna dua roda di Malaysia.

Shell AX5 merupakan minyak jenis mineral premium yang mampu meningkatkan ketahanan enjin kapcai. Teknologi Active Cleansing memastikan tiada kekotoran melekat pada komponen enjin sekaligus mengurangkan bunyi dan gegaran dan melanjutkan usia motosikal.

Bagi pengguna motosikal berkuasa, Shell turut menawarkan Shell Advance AX7 separa sintetik yang dapat memastikan kuasa enjin kekal optimum meskipun dalam keadaan tekanan tinggi.

Shell Advance AX7 tiada masalah untuk bantu enjin menangani keadaan jalan raya ketika mendaki Bukit Tinggi International Circuit dan Genting.

Bagaimanapun, jika anda memerlukan minyak enjin luar biasa bagi jentera empat lejang moden, Shell Advance Ultra menawarkan perlindungan optimum di samping menjaminkan pertukaran gear lancar, tunggangan juga lebih mengujakan dan susulan tahap gegaran enjin berada ditahap minimum.

Shell Advance Ultra dijamin 49 peratus lebih bersih1, menawarkan 36 peratus lebih perlindungan1, 71 peratus lebih tahan suhu tinggi1, mampu pergi lebih 5 kilometer2 dan mampu mengekalkan kuasa enjin berbanding minyak lain dalam pasaran3.

Apa yang menarik, setiap produk ini dihasilkan khas untuk pasaran Malaysia sekaligus membuktikan kesesuaian minyak enjin bagi jentera motosikal di negara ini.

**BELI DI BENGKEL SHELL ADVANCE HARI INI**

**Perbandingan purata keputusan Shell Advance Ultra kepada Shell Advance AX5. Pengunaan bahan api boleh dipengaruhi oleh faktor lain termasuk keadaan trafik.
**Berdasarkan keputusan ujian lapangan dan/atau data ujian makmal.
**Berdasarkan keputusan ujian lapangan. Perbandingan kuasa menggunakan dyno casis.
SUMBER: FIAWTCR

Johan Kristoffersson mempamerkan pemanduan cemerlang untuk memenangi Perlumbaan 3, World Touring Car Cup (WTCR) 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Kristoffersson muncul pemenang meskipun memulakan perlumbaan di kedudukan ke-22!

Menariknya, perebutan kejuaraan di antara Norbert Michelisz dan Esteban Guerrieri akhirnya menemui penamat dengan Michelisz muncul selaku juara WTCR 2019.

SUMBER: FIAWTCR

Meskipun Esteban Guerrieri kembali menghidupkan peluang selepas menjuarai Perlumbaan 2 namun kegagalan menamatkan aksi di Perlumbaan 3 menyaksikan kejuaraan jadi milik Michelisz.

Pelumba INKL.COM Münnich Motorsport Honda itu bersaing sengit dengan Michelisz sebaik perlumbaan dengan kedua-duanya mengekori rapat di peringkat awal perlumbaa.

Bagaimanapun, harapan untuk merampas kejuaraan dari Michelisz tidak kesampaian apabila terpaksa bersara awal dari perlumbaan selepas terlibat dalam pelanggaran dengan Kristoffersson.

Selesa dengan ketiadaan Guerrieri di litar, Michelisz menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Sementara itu, tempat kedua jadi milik Mikel Azcona daripada PWR Racing dan Kevin Ceccon daripada pasukan Alfa Romeo Giulietta Veloce TCR, ketiga.

Norbert Michelisz kini selangkah untuk meraih kejuaraan FIA World Touring Car Cup (WTCR) 2019 untuk memenangi Perlumbaan 1 di Litar Antarbangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba BRC Hyundai N Squadra Corse itu memastikan cuaca hujan tidak menyekat hasratnya untuk memburu kejuaraan musim ini dan berjaay menamatkan perlumbaan di hadapan Aurelien Panis dari pasukan Comtoyou DHL Team CUPRA Racing.

Sementara itu, pesaing terdekat Michelisz, Esteban Guerrieri, terpaksa berpuas hati dengna kedudukan keempat selepas memulakan perlumbaan di petak kesembilan.

Pada masa sama, wakil pelumba CYAN Racing Lynk & Co, Yvan Muller, menampilkan pemanduan mantap untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam selepas memulakan aksi di petak ke-16.

Terdahulu, cuaca hujan lebat melanda SIC turut memaksa Perlumbaan 1 bermula dengan pemantauan Safety Car.

Tempat ketiga jadi milik rakan pasukan Michelisz, Gabriele Tarquni yang merupakan juara edisi 2018.

Aksi WTCR akan bersambung dalam Perlumbaan 2, jam 6.15 petang, hari ini.

SUMBER: FIMEWC

Selepas lebih lima jam perlumbaan diberhentikan, perlumbaan sulung Sepang 8 Hours akhirnya menyaksikan pasukan YART Yamaha muncul juara pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Perlumbaan yang dijadualkan bermula pada jam 1 tengah hari tadi terpaksa ditunda sehingga lewat petang susulan hujan lebat.

SUMBER: FIMEWC

Meskipun terdapat beberapa tinjauan dilakukan oleh kesemua 50 pelumba dengan pemantauan ‘Safety Car’ namun keadaan hujan yang tidak berhenti memaksa perlumbaan ditunda sehingga jam enam petang.

SUMBER: FIMEWC

Bagaimanapun, perlumbaan dalam kalendar FIM Endurance World Championship (EWC) ini terpaksa dimulakan dengan pengemudian Safety Car sekaligus ketiadaan permulaan ikonik yang memerlukan pelumba berlari ke jentera masing-masing.

Sebaik dimulakan selepas beberapa pusingan, berlaku insiden perlanggaran melibatkan pelumba Petronas SIC, Michael van der Mark dan Mike Di Meglio dari pasukan F.C.C. TSR Honda France.

SUMBER: FIMEWC

FCC TSR Honda France kemudian medahului baki perlumbaan sebelum Di Meglio terbabas lantas membuka peluang kepada YART Yamaha yang diterajui Niccolo Canepa, Broc Parks dan Karel Hanika.

Tempat kedua jadi milik pasukan Honda Asia Dream Racing With Show diikuti BMW Motorrad EWC ketiga.

Sementara itu, PETRONAS SIC Racing Team yang diterajui Michael van der Mark, Franco Morbidelli dan Hafizh Syahrin terpaksa berpuas hati dikedudukan kesembilan.

Pada masa sama, Hafizh, selaku pelumba ketiga, tidak dapat turun beraksi gara-gara perlumbaan bermula lewat.

Setiap pasukan perlumbaan mengharapkan keajaiban berlaku di litar lumba, bagaimanapun, berbeza bagi Lynk & Co Cyan Racing Team yang mengharapkan hujan lebat turun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah Urusan Geely Group Motorsport, Alexander Murdzevski Schedvin, mengakui pasukannya mengharapkan hujan lebat turun di litar esok bagi saingan terakhir kalendar FIA World Touring Car Cup (WTCR) sekaligus menyukarkan keadaan pasukan lain untuk mengutip mata.

“Saya harap esok hujan turun dengan lebat agar perlumbaan dibatalkan dan kami akan menjuarai kutipan mata pasukan.

“Ketika di Macau, kami singgah ke kuil terdekat dan minggu itu kami memenangi tiga perlumbaan.

“Sejak itu kami telah jadikan satu tradisi untuk ke kuil setiap venue perlumbaan agar mengharapkan nasib baik menimpa pasukan kami,” jelasnya.

Lynk & Co Cyan Racing Team ketika ini mendahului kejuaraan pasukan dengan kelebihan 65 mata berbanding pesaing terdekat, BRC Hyundai N Squadra Corse dengan 532 mata.

Meskipun baru setahun jagung dalam kalendar WTCR namun Lynk & Co Cyan Racing Team berjaya menempatkan diri dikalangan pasukan terbaik dengan mempertaruhkan Thed Bjork, Yvan Muller, Yann Ehlacher dan Andy Priaulx.

 

“Kami sangat berpuas hati dengan prestasi tahun pertama kami. Meskipun pasukan ini menggabungkan pelbagai unsur yang berbeza namun kami berjaya melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai mustahil,” jelas Schedvin.

Pada masa sama, selaku pengeluar kereta, Schedvin yakin kejayaan Lynk & Co Cyan Racing Team di pentas WTCR dapat meningkatkan lagi penjualan kereta Lynk & CO O3+ – yang merupakan jentera digunakan di WTCR.

“Perlumbaan ini medan terbaik untuk menjual kereta O3+ dan cara paling efektif adalah dengan merekodkan kejuaraan pasukan,” tambahnya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube