Bikesrepublic

Berita Terkini

Padu.

Itu rumusan paling mudah nak nilaikan Honda CBR1000RR Fireblade 2019.

Kami diberikan masa 14 hari untuk sesi suai kenal tetapi sebaik throttle dipulas hampir 360 darjah, tempoh perkenalan yang sepatutnya berjalan 336jam itu hanya memakan 30 minit.

Dengarkan reviu kami mengenai Honda CBR1000RR Fireblade 2019:

Enjin 998cc 4-inline DOHC dengan 76.0mm x 55.0mm rasa seakan mudah ditangani meskipun mampu menjana 189hp pada 13,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan bantuan multiple wet clutch.

Pengalaman menunggang dipermudah dengan bantuan 43mm fork Showa Big Piston dan ketika menyelusuri selekoh dan trafik di lebuh raya, daya membrek yang ditawarkan kaliper Tokico.

Ketika pengeluar lain sibuk dengan menghasilkan imej superbike yang besar, Honda CBR1000RR Fireblade datang dengan rekaan kompak, 2065mm panjang, 718mm lebar, 1125mm tinggi dengan ketinggian tempat duduk sekitar 820mm.

Meskipun ergonomik tempat duduk agak agresif namun dengan ketinggian 820mm tunggangan lebih selesa berbanding model pesaing lain malah, rekaan kompak membuatkan penunggang tidak rasa kekok untuk melalui bukan sahaja lebuhraya malah trafik sesak di ibu kota.

Walaupun CBR1000RR merupakan jentera bernadikan litar lumba dan mudah menelusuri setiap selekoh sepanjang 5.543km Litar Antarabangsa Sepang (SIC) namun litar tak rasmi yang ditawarkan lebuhraya PLUS berukuran 772km juga tidak sukar untuk ditangani jentera Jepun ini.

Paparan TFT berukuran 5 inci mungkin dianggap kecil namun warna dan kejelasan ditonjolkan tidak kira di waktu siang memudahkan si penunggang untuk melihat segala yang berlaku terhadap jentera ini.

 

Didatangkan dengan 3 mod tunggangan termasuk 2 mod boleh laras mengikut selera, segala kawalan dilakukan dengan mudah menerusi butang di bahagian pemegang di sebelah kiri.

 

Bagi kami, Honda CBR1000RR Fireblade 2019 merupakan superbike mesra penunggang – budak baik bagi si pemilik yang bersopan santun di jalan raya, budak jahat bagi penggemar Bukit Tinggi dan Litar Sepang di hujung minggu.

Nak fahami lebih mendalam maksud kami? Rasai sendiri pengalaman menunggang Honda CBR1000RR Fireblade 2019 yang ditawarkan ada harga RM91,999 atau tambah RM23,000 untuk mendapatkan versi SP!

 

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan model Pulsar NS200 yang telah dikemaskini dengan sistem ABS bagi tahun 2020.

Modenas Pulsar NS200 merupakan model paling popular sejak diperkenalkan pada 2017 dengan lebih 6,000 unit terjual.

Selain daripada Anti-Lock Braking System (ABS), ciri lain masih lagi dikekalkan dengan enjin DTS-i yang menghasilkan sekitar 24hp dan 18.6Nm.

Tatkala jentera lain sudah pun berevolusi lebih awal dengan penggunaan ABS, fungsi ini dijamin memberikan Pulsar NS200 lebih cengkaman dan tunggangan lebih baik di Malaysia.

ABS berfungsi untuk mengambil kira senario membrek agar insiden tergelincir tidak berlaku terutamanya di waktu hujan atau ketika menelusuri permukaan berpasir.

Menurut kajian, ABS mengurangkan tahap kecederaan yang bakal dihadapai penunggang sehingga 39 peratus seandainya berlaku kemalangan jika dibandingkan dengan jentera tanpa ABS.

Rujuk spesifikasi di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, menyifatkan varian baharu ini penting untuk meningkatkan keselamatan penunggang.

“Di MODENAS, kami sentiasa mencari jalan terbaik bagi menjadikan motosikal kami lebih baik dan dilengkapi teknologi terkini. Motosikal dengan ABS lebih selamat dan kami menggesa agar orang ramai mendapatkan versi ABS ini,” jelasnya.

Modenas Pulsar NS200 ABS boleh didapati dengan harga RM9,655.

Tahun 2020 dah mula kenyit mata bermakna azam tahun baharu menjelang tiba tetapi apa gunanya kalau pelindung kepala masih ditakuk lama?

Menyedari tahun baharu semakin hampir, Modenas Powerstore mengadakan pelbagai promoso hujung tahun termasuk beberapa helmet baharu antaranya SHARK D-Skwal.

Direka untuk kegunaa harian, SHARK D-Skwal merupakan helmet jenis full-face yang menawarkan ciri sport-touring sekaligus sesuai untuk segala jenis jentera.

Antara ciri ditawarkan:

  • diperbuat daripada injected thermoplastic resin
  • sun visor
  • visor VZ160 anti-calar
  • sistem Autoseal kurangkan bunyi angin
  • saiz visor yang luas dengan pemandangan 100 peratus
  • pinlock tersedia
  • waranti 5 tahun
  • sistem CFD – optimumkan saluran udara
  • padding boleh basuh
  • sistem Easy Fit – memudahkan pemakaian cermin mata
  • chin curtain

Bagi menjamin keselamatan si pemakai, SHARK D-Skwal turut merekodkan skor 4/5 bagi Safety Helmet Assessment and Rating Programme (SHARP).

Bagi yang berminat anda hanya perlu singgah ke Modenas Powerstore terletak di Kota Damansara dan dapatkan SHARK D-Skwal pada harga istimewa, RM600 sahaja. Kalau jauh boleh pos! Hubungi +60128003470 untuk maklumat lanjut.

Ketika Honda melancarkan CBR650F dan CB650F pada 2018, hanya bunyi enjin 4-inline menjadi tarikan sementara rekaan keseluruhan kedua-dua model ini gagal menambat hati peminat.

Mendengar keluhan itu, pada 2019, Honda melancarkan CBR650R dan CB650R dan bingkas meletakkan jenama itu kembali menerajui segmen ‘middleweight’.

Dengarkan reviu kami mengenai Honda CBR650R:

Selepas menguji kedua-dua jentera ini, rumusan kami, Honda tak main-main.

Honda CBR650R 2019 sememangnya layak untuk membawa nama abang besarnya, CBR1000RR Fireblade sementara CB650R yang merupakan adik kecil kepada CB1000R turut menawarkan keterujaan sama.

Suntikan enjin 650cc yang menjana 91hp pada 12,000rpm dan 64Nm pada 8,500 menjadikan kedua-dua model ini mainan untuk si penggemar pulas ‘throttle’.

Segala kuasa itu disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan sistem multiple wet clutch.

Bukan itu sahaja, memahami kehendak peminat dua roda masa kini, CBR650R dan CB650R turut didatangkan dengan fork upside down Showa 41mm berbanding fork Dual Bending Valve Showa sebelum ini.

Bagaimanapun, ciri utama yang membezakan kedua-dua jentera ini adalah aspek rekaan, dengan CBR650R menerapkan DNA CBR1000RR Fireblade dengan full-fairing sementara CB650R membawa identiti Neo Sports Cafe sepertimana yang terdapat pada CB1000R dan CB250R.

CBR650R menyerlah dengan rekaan lampu depan LED yang diinspirasikan daripada CBR1000RR sementara CB650R bercirikan lampu depan sebuah cafe racer moden.

Dengarkan reviu kami mengenai Honda CB650R:

Meskipun bernadikan enjin yang sama namun pengalaman tunggangan kedua-dua model berbeza dengan tempat duduk ergonomik CBR650R lebih agresif berbanding CB650R yang lebih menegak.

Tetapi persamaan yang paling mencuri tumpuan, kedua-duanya boleh mengambil selekoh dengan cukup baik dan sistem traction control dan ABS yang didatangkan ternyata memudahkan lagi tunggangan.

Sementara itu, pada pendapat kami, paparan digital boleh ditambah baik tatkala kelihatan agak malap terutamanya di waktu siang dan kadang-kala menyukarkan kami untuk melihat kelajuan dan kedudukan gear.

Selain daripada permasalahan remeh tersebut, rata-rata kami bersetuju bahawa Honda CBR650R dan CB650R merupakan jentera yang menyeronokkan untuk kegunaan harian dan sesuai untuk apa jua keadaan tidak kira untuk ulang-alik ke tempat kerja, sekadar tunggangan hujung minggu atau untuk beraksi di litar.

Honda CBR650R boleh didapati dengan harga RM45,499 sementara CB650R ditawarkan pada RM43,499.

Sumber: Berita Harian

Polis berjaya menahan empat individu termasuk seorang wanita selepas disyaki terlibat dalam kegiatan curi kereta mewah di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, pihaknya menerima laporan daripada seorang pemilik bengkel yang memaklumkan bahawa kereta jenis Porsche Panamera telah hilang pada 1 Disember lalu.

Difahamkan, berdasarkan rakaman CCTV, beberapa individu telah menyamar sebagai penarik kereta dan memberitahu pengawal keselamatan di rumah terbabit bahawa Porsche terbabit mempunyai tunggakan bayaran.

Menurut laporan Berita Harian, empat individu terbabit terdiri daripada mekanik, penarik kereta, pekerja kilang dan seorang penganggur.

Polis turut menemui tujuh buah kereta mewah termasuk Porsche terbabit yang dilaporkan hilang sebelum ini disembunyikan di sebuah kondominium dan bengkel di Lembah Klang.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

“Kenderaan terbabit dipercayai dijual di media sosial pada harga antara RM30,000 hingga RM50,000,” jelas Shafa’aton.

(SUMBER: Berita Harian)

Bekas pelumba Repsol Honda dan juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo, memberi bayangan akan kembali ke paddock MotoGP.

Meskipun mengumumkan persaraan baru-baru ini namun Lorenzo memaklumkan dia akan kembali semula ke paddock.

Ketika temubual dengan Red Bull Servus TV, Lorenzo berkata, “Saya pasti akan kembali ke paddock semula, saya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

“Jika saya diberikan peluang untuk hidup dalam dunia MotoGP tetapi tidak lagi perlu menghadapi tekanan, sudah tentu peluang itu akan disambar,” katanya.

Buat masa ini tiada belum dapat dipastikan sama ada pelumba berusia 32 tahun akan kembali selaku penunggang uji atau akan terlibat dalam pengurusan pasukan.

Bagaimanapun, pastinya menarik untuk melihat kelibat Lorenzo di pentas MotoGP selepas ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube