Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: Penang Kini @ Facebook

Seramai 340 penunggang dan 146 pembonceng ditahan pihak polis dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan di sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, pada malam tahun baharu.

Operasi yang berjalan pada jam 3 pagi itu turut menyaksikan beberapa remaja perempuan yang masih bersekolah turut ditahan sebelum pihak polis memanggil ibu bapa masing-masing untuk menjamin mereka.

Sejumlah 348 motosikal – termasuk lapan buah motosikal yang ditinggalkan – telah dibawa ke balai polis bagi semakan.

Sumber: Penang Kini @ Facebook

Menurut laporan FMT, lebih 400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada cukai jalan, menunggang secara berbahaya dan melakukan pengubahsuaian terhadap jentera.

Sementara itu, antara yang ditahan, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menipu kedua ibu bapanya agar dapat menyertai perlumbaan haram malam Tahun Baharu.

“Saya pinjam motor abang saya dan bagitahu mereka bahawa saya ke Pesta Pulau Pinang tetapi saya sertai perlumbaan malam Tahun Baharu. Saya dah berlumba sejak usia 13 tahun,” jelasnya.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) mencadangkan agar lebih banyak laluan motosikal dibina agar dapat mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Pengarah Miros, Muhammad Marizwan Abdul Manan berkata laluan tersebut boleh dibina dengan mengubah bahu jalan sedia ada.

“Pembinaan laluan motosikal bukan eksklusif (NEML) dapat mengurangkan kadar kemalangan motosikal dalam negara.

“NEML dapat dilaksanakan sekiranya terdapat bajet yang cukup,” jelas Marizwan kepada Bernama Radio.

Cadangan pembinaan NEML juga akan bergantung kepada kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna motosikal.

Berdasarkan statistik 2018, secara purata 18 kematian direkodkan hampir setiap hari melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

(SUMBER: MalaysiaKini)

 

Musim 2019 mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan Aprilia di pentas MotoGP namun itu tidak menghalang mereka untuk mengejar keputusan lebih baik bagi 2020.

Aprilia merupakan pasukan pertama untuk mendedahkan jentera baharu bagi ujian pra-musim.

Meskipun tidak mendedahkan spesifikasi terperinci namun Motorsportmagazine.com mendakwa Aprilia bakal mengikut langkah Ducati dan Honda dengan mengguna pakai enjin V4 90-darjah hasil suntikan kewangan oleh Piaggio Group.

Aprilia telah pun menggunakan enjin V4 75-darjah sejak 2016 namun mereka gagal mencerna kuasa yang diharapkan.

Honda turut melalui pergelutan sama di antara 2011 dan 2012 apabila membuat keputusan menukar enjin RC212V 800cc 75-darjah kepada RC213V 1000cc 90-darjah.

Enjin V4 90-darjah mampu menawarkan pembakaran lebih optimum sekaligus meningkatkan pecutan dan kuasa enjin. Pada masa sama, enjin ini juga rendah geseran dan lebih stabil tanpa perlunya bantuan syaf pengimbang.

Sementara itu, ketua jurutera Aprilia, Romano Albesiano, menjelaskan enjin baharu itu lebih lebar berbanding enjin lama.

“Enjin baharu ini menawarkan lebih banyak kuasa di samping kawalan brek enjin yang lebih efisien. Kami juga telah mereka semula enjin agar crankshaft lebih kompak.

“Jadi secara keseluruhan, ini sememangnya enjin serba baharu,” jelasnya.

(SUMBER: Motorsportmagazine.com)

Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) sehingga dimaklumkan kelak.

Keputusan itu disuarakan sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin menjelaskan bahawa keputusan mengenai perlaksanaan PSP pada 18 Disember lalu sebenarnya bertujuan untuk memberi persediaan kepada rakyat.

“Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Merujuk kepada kenyataan dikeluarkan hari ini, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

Gambar hiasan

Kes kecurian motosikal kekal menjadi isu serius bagi tahun 2018 namun  ramai yang tidak sedar isu ini memberi kesan bersar terhadap golongan berpendapatan rendah atau B40.

Pada tahun 2018, lebih 25,000 motosikal dicuri dengan kapcai – bawah 150cc – kekal sebagai barang ‘panas’.

Kapcai merupakan kenderaan utama bagi golongan B40 tatkala motosikal terbabit ditawarkan pada harga rendah.

Jumlah kecurian tersebut turut membawa kepada kerugian sehingga RM50 juta!

Berikut statistik kes kecurian motosikal mengikut negeri:

  • Sarawak 18.74%
  • Pahang 16.79%
  • Johor 14.53%
  • Perak 10.06%
  • Kedah 7.43%
  • Selangor 7.13%
  • Terengganu 6.64%
  • Kelantan 6.41%
  • Sabah 4.95%
  • N. Sembilan 3.76%
  • P. Pinang 1.26%
  • Melaka 1.19%
  • Perlis 0.63%

Menurut Deloitte, ini bermakna lebih 70 unit motosikal dicuri hampir setiap hari!

“Setiap motosikal yang dicuri akan memberi kesan terhadap perbelanjaan sebulan bagi golongan berpendapatan rendah,” jelasnya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Ketua divisyen motosikal BMW menyifatkan tidak berbaloi untuk memulakan projek MotoGP selain daripada pasukan Superbike Dunia (WSBK) sedia ada.

BMW kembali ke WSBK secara sepenuhnya sejak 2013 tahun ini setelah bergandingan dengan Shaun Muir Racing, menggunakan jentera S 1000 RR dan mempertaruhkan Tom Sykes dan Markus Reiterberger.

BMW turut berjaya merekodkan kedudukan keempat carta pengeluar dengan Sykes berjaya melakar empat podium dan satu kedudukan pertama di Donington Park.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Motorrad, Markus Schramm menegaskan pihaknya komited untuk WSBK bagi tempoh panjang dan menyifatkan memulakan projek MotoGP tidak berbaloi.

“Sukan permotoran merupakan DNA BMW sebab itu kami jelas dalam menyertai WSBK.

“Pada masa sama, aspek teknikal WSBK lebih tinggi berbanding MotoGP dan kesan penjenamaan juga rendah di MotoGP.

“Untuk kami , WBSK menjadi fokus utama,” jelasnya.

Bagi musim 2020, Sykes bakal bergandingan dengan rakan baharu, Eugene Laverty, menggantikan Reiterberger yang berhijrah ke ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sertai ONEXOX TKKR SAG Team.

(SUMBER: Motorsport.com)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube