Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengurus Projek Suzuki, Shinichi Sahara, menyifatkan musim 2019 sebagai satu kegagalan bagi pasukannya meskipun Alex Rins berjaya merekodkan dua kemenangan.

Kemenangan di Litar Austin dan Silverstone merupakan kejayaan sulung Suzuki di MotoGP sejak 2016.

Meskipun Rins berjaya menempatkan diri dikalangan pelumba tonggak, Sahara mendedahkan dia mengharapkan keputusan yang lebih baik dilakar pelumba utamanya itu.

Bagi musim 2020, Sahara mahu Rins merekodkan keputusan kelayakan yang lebih baik dengan pelumba Sepanyol itu hanya empat kali berjaya meletakkan diri di barisan depan – Assen, Sachsenring, Brno dan Silverstone.

“Tahun 2019 merupakan musim baik kami dengan dua kemenangan dilakar Alex Rins tetapi saya mengharapkan lebih baik podium.

“Kami perlu bekerja dengan lebih keras. Kami tidak perlu mengubah banyak perkara kerana jentera kami sudah cukup bagus tetapi kami perlu meningkatkan prestai keseluruhan.

“Saya suka dengan perwatakan Alex, dia sentiasa bersedia untuk bertarung dan sentiasa merekodkan keputusan yang baik ketika hari perlumbaan meskipun perkara sama tidak dapat dikatakan tentang sesi kelayakan.

“Kerana inilah kami menggelarnya ‘Sunday Boy’ tetapi secara peribadi, saya mengharapkan dia merekodkan sesi kelayakan yang lebih baik,” jelas Sahara.

Suzuki akan terus mempertaruhkan Rins dan Sylvain Guintoli bagi musim 2020.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang remaja 21 tahun gara-gara melakukan aksi berbahaya di jalan raya awam.

Adzrul Adzman berdepan hukuman tersebut selepas didapati bersalah melakukan ‘wheelie’ di Jalan Kota Kinabalu-Papar, berhampiran JKR Putatan sekitar jam 1.20 pagi, 12 Ogos lalu.

Menurut laporan Daily Express, Adzrul mendakwa dia sekadar melakukan ujian terhadap jentera tersebut selepas selesai dibaik pulih.

Bagaimanapun, pihak mahkamah mendapati dakwaan tersebut tidak masuk akal.

Adzrul sebelum ini pernah disabitkan kesalahan Jun tahun lalu apabila terlibat dalam satu perlumbaan haram dan didenda RM1,500.

Meskipun ramai yang mengharapkan Honda RS150R V2 datang dalam bentuk Winner X – jentera cub yang dipasarkan di Vietnam – namun model kemas kini ini masih ada serinya.

Kami melakukan tinjauan di Welly Team Cycle Subang Bestari bagi melihat dengan lebih dekat Honda RS150R V2 yang dihasilkan berdasarkan Supra GTR yang dipasarkan di Indonesia.

Walaupun datang dengan tanggapan awal tampak sama seperti model V1 namun versi baharu ini tetap menarik perhatian terutamanya dengan pilihan warna Honda Tricolour serba baharu.

Malah, warna rim emas turut mempertingkatkan rupa keseluruhan jentera yang tampak lebih sporty.

Meskipun bukan Winner X namun RS150R masih tampak garang dan sporty terutamanya fender dan lampu brek belakang yang tampak lebih menonjol.

Honda RS150R ini turut mendapat kemas kini moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel speedometer LCD yang menawarkan informasi seperti rev meter, petunjuk gear dan paras minyak.

Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan klac manual.

Anda boleh berkunjung ke pengedar rasmi Honda berhampiran untuk melihat RS150R V2 ini dengan lebih dekat.

Sejak didedahkan kepada dunia ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki Ninja ZX-25R sentiasa menjadi perhatian tatkala pengeluar motosikal Jepun itu kembali menghasilkan jentera 250cc empat silinder.

Meskipun tiada maklumat tambahan namun baru-baru ini, Kawasaki menerusi laman Youtube Kawasaki Indonesia mendedahkan bunyi yang bakal dihasilkan jentera tersebut.

Hasilnya sebuah bunyi enjin yang ternyata tidak mengecewakan.

Layan video tersebut dibawah dan kongsikan pendapat anda:

SUMBER: The Star

Kebiasaannya, antara penyebab utama masalah longkang atau saluran tersumbat berpunca daripada longgokan sampah namun lain kisahnya bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ketika menjalankan pembersihan berskala, kontraktor MPSJ menjumpai bukan hanya sampah malah kerangka motosikal dalam saluran longkang.

Presiden MPSJ, Noraini Roslan, menegaskan ini merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi petugas MPSJ dalam memastikan kelancaran saluran longkang.

“Kontraktor kami berdepan pelbagai kesukaran dan bahaya antaranya saluran longkang terlalu kecil dan sempit di samping kejutan elektrik ekoran pemasangan kabel elektrik haram yang turut menyumbang kepada masalah banjir,” jelasnya.

Menurut Noraini, masalah longkang tersumbat akan kembali berlaku kurang seminggu selepas pembersihan dijalankan.

Lebih 170 saluran longkang sekitar perbandaran Subang Jaya dibersihkan terutamanya di hujung tahun.

(SUMBER: The Star)

Percaya atau tidak, pengeluar kereta premium mewah Itali, Ferrari, pernah mencuba nasib dengan menghasilkan sebuah jentera dua roda.

Era 90an merupakan zaman kegilaan motosikal dan pada tahun sama, Ferrari turut cuba menumpang kegilaan tersebut dengan menghasilkan sebuah motosikal hasil bantuan David Kay dari David Kay Engineering.

Diberi nama Ferrari 900cc 1995, jentera hasil sentuhan David Kay itu mengguna pakai enjin 900cc DOHC empat silinder dan mampu menjana 105hp pada 8,800rpm.

Bahagian lain turut menampilkan imej premium Ferrari dengan fork depan USD daripada Forcelle Italia, tayar 17 inci Astralite dan kaliper brek Brembo depan dan belakang serta kerangka aluminium.

 

Meskipun dihasilkan pada era 90an, jentera ini hanya seberat 172kg dan mampu mencatat kelajuan maksima 265km/j.

Pada 2008, jentera ini telah dilelong dengan harga dipinta sekitar USD308,281 (RM1.27 juta) namun gagal menarik minat pembida.

Bagaimanapun, jentera itu kembali mencuri tumpuan pada 2012, dengan jentera unik itu dijual hanya dengan USD110,481 (RM456,894).

Adakah Ferrari sekali lagi akan mencuba nasib dalam bidang dua roda? Mungkin tidak kerana pada 2014 di Paris Motor Show, mereka menegaskan tidak akan menghasilkan sebarang jentera motosikal pada masa akan datang.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube