Bikesrepublic

Berita Terkini

Motosikal jalanan berenjin V-Empat (empat silinder dalam format “V”) jarang ditemui, dan biasanya hanya terhad kepada model yang paling teratas dan mahal, sedangkan pernah wujud V-Empat kelas pertengahan pada pertengahan abad 80-an . Nampaknya QJMotor akan membawa kita ke era itu sekali lagi dengan QJMotor SRV600V yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia.

SRV600V hadir dalam bentuk power cruiser, dilengkapi dengan tayar lebar dan rekabentuk yang gagah.

Ciri-ciri utama
  • Enjin V-Empat, penyejuk cecair, DOHC, 561cc yang menghasilkan 67 hp pada 10,500 RPM dan 54 Nm pada 8,000 RPM.
  • Gas ekzos dikeluarkan melalui empat paip ekzos – dua di setiap sisi motorsikal.

  • Kuasa enjin dihantar melalui transmisi 6-kelajuan.
  • Roda depan dan belakang 16 inci, dengan tayar 130/90 (depan) dan 180/65 (belakang).
  • Gantungan depan terdiri daripada garpu terbalik Marzocchi, manakala belakang disokong oleh sepasang penyerap hentakan.

  • Brek depan menggunakan dua cakera 300mm, dan cakera 260mm di belakang.
  • Tangki minyak 16.5 liter.
  • Ketinggian tempat duduk 720 mm.

  • QJMotor menyenaraikan berat 219 kg tetapi tidak menyatakan sama ada berat kering atau basah.
  • Skrin TFT dengan sambungan Bluetooth ke telefon pintar penunggang melalui aplikasi Carbit Ride.

Harga QJMotor SRV600V ialah RM33,888 (bukan atas jalan). Terdapat tiga pilihan warna: Silver, Sky Black, dan Night Black.

Suzuki pada hari ini mengumumkan kemunculan semula ‘Raja Superbike’ – model ikonik GSX-R1000R. Kini diperkenalkan semula dalam versi terbaharu Suzuki GSX-R1000R M6 (2026). Evolusi model terkini ini bukan sahaja memperkukuh kedudukannya di barisan hadapan kejuruteraan motosikal, malah meraikan satu pencapaian bersejarah Ulangtahun ke-40 Legasi GSX-R.

Sejak kemunculan sulungnya pada tahun 2001, GSX-R1000 telah merevolusikan dunia sportbike dengan prestasi luar biasa di jalan raya mahupun di litar lumba. Digelar sebagai simbol kuasa,  ketahanan dan kejayaan, model ini telah mengukir namanya dengan mendominasi 15 gelaran perlumbaan di Kejuaraan Dunia FIM Endurance. Ia merupakan bukti sahih sebuah  ecemerlangan serta keunggulan daya saingnya dalam perlumbaan di seluruh dunia.

Kini, GSX-R1000R M6 2026 tampil dengan penambahbaikan terkini untuk memenuhi piawaian emisi moden. Dilengkapi dengan teknologi kawalan elektronik yang canggih, sistem bantuan penunggangan ini direka khusus untuk menyesuaikan prestasi jentera dengan gaya tunggangan individu dan kondisi jalan atau litar sekaligus memastikan GSX-R1000 terus kekal sebagai jentera yang “Direka Untuk Prestasi, Dibina Untuk Kepuasan.”

Bersempena ulang tahun ke-40 barisan GSX-R, model terbaharu ini ditawarkan dalam tiga kombinasi warna istimewa untuk kembali membangkitkan nostalgia rekaan grafik lagenda GSX-R terdahulu. Ciri eksklusif termasuk logo ulang tahun GSX-R ke-40 pada bahagian atas tangki, sisi badan, kunci, pelana belakang dan bahagian muffler adalah sebagai satu penghormatan visual  kepada empat dekad keagungan GSX-R.

Dibina dari DNA litar perlumbaan, GSX-R1000R M6 2026 adalah lambang sebenar dedikasi Suzuki terhadap prestasi  jentera yang terus menghidupkan legasi kuasa dan menawarkan semangat maksimum dalam setiap tunggangan.

Legenda Kini Sudah Kembali. Lebih pantas, lebih tajam serta lebih mengujakan daripada sebelumnya!

Galeri foto

Skuter retro akan sentiasa mendapat tempat di hati penggemar di mana-mana sahaja. Walaupun Vespa mendahului dalam segmen ini, hampir setiap pengeluar motosikal mempunyai model skuter retro. Kini, giliran CFMoto dengan melancarkan CFMoto 150 Aura.

Bentuk badannya mungkin agak serupa dengan Lambretta era 1960-an pada pandangan pertama, tetapi pemeriksaan lebih dekat mendedahkan bahawa 150 Aura ini dipenuhi dengan ciri-ciri moden.

Ciri-ciri utama
  • Enjin 150cc, satu silinder, penyejuk cecair yang menghasilkan 15.8 hp dan 14.2 Nm tork.
  • Transmisi menggunakan CVT, semestinya.

  • Kedua-dua roda berukuran 12 inci.
  • Brek cakera di depan dan belakang, disokong oleh ABS dual-channel.

  • Skrin TFT segi empat 6.2 inci dengan semua ciri wajib termasuk sistem pemantauan tekanan tayar, serta navigasi skrin penuh melalui aplikasi Motoplay.
  • Kamera dashcam terbina di depan dan belakang. Rakaman boleh dimuat turun melalui aplikasi Motoplay.

  • Sistem penghidup bukan sahaja tanpa kunci, malah menggunakan NFC (telefon anda).
  • Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk boleh memuatkan helmet full face dan open face.

Sumber tidak menyatakan harga CFMoto 150 Aura, tetapi dijangkakan sekitar RM7,000 mungkin hampir tepat. Persoalannya sekarang ialah sama ada pengedar di Malaysia, MForce Bike Holdings, akan membawanya ke Malaysia. Kami yakin ia akan mendapat sambutan besar selain banyak unit yang akan diubah suai (customise).

Penarik kereta yang tular kerana menghalang trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Plaza Tol Pedas-Linggi pada 1 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini (30 Julai).

Mereka didakwa secara berasingan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan mengganggu aliran trafik awam.

Penarik kereta, R Suren, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret. Berdasarkan pertuduhan pertama, Suren didakwa memandu secara gopoh dan berbahaya dengan memberhentikan kenderaannya di jalan awam sehingga boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna lain.

Bayangkan mengamanahkan kebanggaan dan kesayangan anda kepada seorang penjaga, hanya untuk mendapati (melalui media sosial) bahawa penjaga tersebut telah menggunakan motosikal itu tanpa izin anda. Tindakan tidak dibenarkan yang didakwa itu telah mendorong pemiliknya untuk memfailkan saman terhadap penjaga motosikalnya.

Tuntutan pemilik

Semuanya bermula apabila pemilik, Wee Yang, membeli Ducati Panigale V4S secara tunai dengan harga RM133,000 dari sebuah kedai pada 19 Jun.

Memandangkan beliau berada di luar negara pada masa itu, beliau tidak dapat menyelesaikan urusan dokumen, lalu melantik seorang kenalan tempatan untuk menguruskan proses insurans serta menyimpan motosikal tersebut.

Di dalam suatu ciapan di dalam akaun Facebook, Wee berkata dia dan penjaga motosikalnya bersetuju untuk menyimpan motosikal itu sehingga Wee pulang ke tanahair pada 1 Julai.

Dakwaan penggunaan tanpa kebenaran

Namun, Wee kemudian mendapati bahawa orang yang diamanahkan itu mula menggunakan Panigale V4S tersebut tanpa kebenaran atau pengetahuannya. Dalam hantaran Facebooknya, beliau mendakwa penjaga tersebut:

  1. Menyiarkan kandungan promosi di media sosial sehari selepas mengambil motosikal itu.
  2. Rakaman video menunggang dibuat untuk halaman perniagaan di Instagram, Xiaohongshu, dan Threads.
  3. Motosikal itu dibawa ke Desaru, Johor untuk percutian peribadi.
  4. Plat nombor palsu digunakan memandangkan motosikal itu belum didaftarkan secara rasmi.
  5. Jarak motosikal meningkat dari 26,827km kepada 27,007km.
Motosikal dihantar ke lokasi lain

Setelah mengetahui motosikal itu telah digunakan, Wee mengaturkan untuk motosikal itu ditarik ke lokasi lain.

Dalam satu hantaran pada 24 Jun, Wee juga menyatakan bahawa orang yang diamanahkan itu hanya menyerahkan satu kunci kepada operator treler, dan baru menyerahkan kunci kedua setelah pemandu treler itu berkeras.

Pemeriksaan ke atas motosikal tersebut mendapati ia dipenuhi serangga mati dan habuk, di mana Wee menegaskan bahawa motosikal itu telah digunakan di jalan raya tanpa penjagaan yang sewajarnya.

Tawaran untuk penyelesaian

Wee kemudian menawarkan dua pilihan kepada pemegang amanah untuk menyelesaikan perkara ini:

  1. Membeli semula motosikal pada harga asal yang dibayarnya (RM133,000) dan memulangkan wang insurans (RM5,000).
  2. Permohonan maaf secara terbuka mengakui kesalahan, pampasan untuk tambahan jarak, dan bayaran untuk plat nombor baharu.

Jika tawaran ini tidak diterima, Wee akan mengambil tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang dijalankan

Wee we membuat satu lagi ciapan pada 25 June, dengan menyatakan bahawa pemegang amanah tersebut telah memohon maaf pada pukul 11.52 malam, dua minit selepas dia (Wee) menghubungi peguamnya untuk meneruskan kes tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tindakan undang-undang tetap akan diteruskan atas alasan berikut:

  1. Harta miliknya (motosikal) telah digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan berkaitan perniagaan, yang turut melibatkan kedai tempat pemegang amanah tersebut bekerja.
  2. Harta miliknya (motosikal) telah digunakan tanpa kebenaran oleh seorang individu bernama “Evon Evon” – kekasih kepada penjaga motosikal tersebut – seperti yang kelihatan dalam video menunggang dan siaran media sosial.

Peguam Wee telah menasihatkan bahawa individu kedua itu berpotensi untuk didakwa sebagai berkomplot di dalam penyalahgunaan tersebut, walaupun beliau mengakui bahawa “kes ini bergantung kepada pertimbangan hakim.”

Walaubagaimanapun, Wee turut menyatakan bahawa ruang untuk penyelesaian luar mahkamah masih terbuka.

Pengajaran penting daripada kes ini

Sudah terdapat beberapa kes di mana bengkel/kedai didapati menguji atau menggunakan kenderaan pelanggan tanpa kebenaran pelanggan seperti kenderaan digunakan untuk urusan peribadi staf, rakaman video ujian jalan dikongsi di media sosial tanpa izin, plat nombor tidak sah dipasang jika pendaftaran belum selesai. Ada juga staf yang memandu kenderaan pelanggan sehingga terlibat di dalam kemalangan.

Pemilik bengkel boleh disabitkan di bawah undang-undang Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu melanggar amanah.

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bekerja di bengkel, ada pelanggan yang meminta ujian jalan menyeluruh untuk memastikan masalah kenderaan benar-benar selesai. Namun, sebarang ujian WAJIB disertakan:

  • Surat kebenaran bertandatangan.
  • Rekod jarak/km sebelum dan selepas.
  • Laporan ujian terperinci

Sebagai panduan kepada pemilik kenderaan pula, sebelum menyerahkan kenderaan, anda haruslah tandatangani borang/surat yang menyatakan:

  • Tujuan penggunaan (contonya: “Ujian jalan maksimum 20km”).
  • Larangan penggunaan media sosial.
  • Senarai pemandu yang dibenarkan.
  • Ambil gambar meter jarak dan keadaan kenderaan.

MDua Motor Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi model mereka, dikenali sebagai MODA Shifter 400X. Skuter Shifter 400X merupakan kemasukan baharu dalam segmen skuter adventure, yang dibina untuk menguasai baik landskap bandar mahupun jalan lasak.

Shifter 400X membawa identiti dan falsafah terbaharu jenama – “Because I Can” (“Kerana Saya Boleh”) – memberi kuasa kepada penunggang untuk menentukan perjalanan mereka sendiri, merintis laluan sendiri, dan menjelajah mengikut gaya hidup mereka sendiri.

Ciri-ciri utama
  • Dikuasakan oleh enjin 333cc, 4-injap, silinder tunggal, SOHC, yang menghasilkan 26.8 hp @ 7,500 rpm, dan 33.5 Nm @ 5,500 rpm.
  • Fork teleskopik di depan, dan penyerap hentakan gas berkembar di belakang.

  • Cakera brek 276mm tunggal di depan, cakera brek 240mm tunggal di belakang.
  • Ciri-ciri ABS dan TCS (kawalan traksi) standard.

  • Roda depan 14-inci dan roda belakang 13-inci, dengan tayar berbunga “kulit penyu” untuk kegunaan di atas jalan raya dan jalan lasak yang ringan.
  • Ketinggian pelana 775mm.

  • Keberatan 208 kg.
  • Skrin angin dengan dua peringkat.

  • Lampu depan LED dengan ciri AFS (Adaptive Front-lighting System/Sistem Lampu Depan Adaptif) yang lebih cerah dan memberikan penyesuaian kecerahan ketika cahaya rendah serta di dalam selekoh.
  • Lampu belakang bentuk “V” dengan ciri ESS (Emergency Stop Signal/Isyarat Berhenti Kecemasan) ketika berhenti dengan mengejut.

  • Penghidupan tanpa kunci dengan kunci kawalan jauh premium.
  • Sistem immobiliser menampilkan ciri anti-kecurian dan pagar elektronik yang memaklumkan pemilik jika skuter-nya telah dipindahkan jauh daripada jarak yang ditentukan.

  • Ruang simpanan barang di bawah pelana yang dicahayakan.
  • Skrin TFT 7-inci yang menunjukan data seperti pemantau tekanan angin tayar (TPMS), dan menyesuaikan kecerahan bergantung kepada keadaan cahaya persekitaran.

  • Dua port pengecas – satu dengan USB 12V dan satu jenis pencucuh rokok.
  • Pautan kepada telefon Apple dan Android bagi ciri navigasi dan panggilan telefon.

  • Kamera “dashcam” depan dan belakang yang merakam perjalanan anda, dan video boleh dimuat turun melalui aplikasi telefon.

MODA Shifter 400X boleh didapati dalam dua warna iaitu Ninja Black dan Ultra White, dengan harga jualan RM23,888, tanpa insuran, cukai jalan, dan pendaftaran.

Bagi maklumat penuh, sila layari laman sesawang MODA Motorcycles rasmi di    http://www.modamotorcycles.com/models/shifter-400x.

Galeri foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube