Bikesrepublic

Berita Terkini

Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Fasa Kedua bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung Covid-19.

Berdasarkan SOP Fasa Kedua itu, segala premis perniagaan termasuk stesen minyak dan pasaraya hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri menekankan bahawa Fasa Kedua ini bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepertimana yang dikuatkuasakan di Simpang Renggan, Kluang dan Hulu Langat.

Orang awam masih dibenarkan untuk ke pasaraya dan stesen minyak dalam waktu dibenarkan bagi mendapatkan bahan keperluan.

Sementara itu, waktu operasi pengangkutan awam akan kekal dari jam 6 pagi hingga 10 malam bagi memudahkan pekerja sektor ‘essential service’ dan petugas kesihatan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Bagi kaki ‘hypebeast’ dan ‘hypebae’ di luar sana yang mengikuti perkembangan jenama Supreme pastinya mengetahui bahawa bagi keluaran Minggu 6 Spring/Summer 2020 berkait dengan kolaborasi bersama Lamborghini.

Selepas bertahun-tahun khabar angin mengenai kerjasama ini tersebar, akhirnya Supreme X Lamborghini bakal dipasarkan 4 April ini secara atas talian menerusi supremenewyork.com.

Meskipun sebelum ini setiap barangan Supreme akan dipasarkan di kedai fizikal namun disebabkan perintah berkurung di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan United Kingdom, Supreme X Lamborghini hanya akan dipasarakan secara atas talian.

Tahun lalu, Supreme turut berkolaborasi dengan Honda dan Fox Racing bagi edisi Fall/Winter 2019.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sebuah kedai vintaj popular di Kampung Baru, Garasi Republik KL, menjadi mangsa pertama kes rompakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Premis yang popular di kalangan peminat tegar barangan vintaj termasuk aksesori motosikal klasik itu hilang enam helmet bernilai RM30,000, 200 cermin mata bernilai RM30,00 dan 500 utas jam tangan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Berita Harian, pemiliknya Shahrizal Mat Zin turut memaklumkan sebuah helmet Bell bernilai RM10,000 turut dilarikan.

Insiden tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Difahamkan, kali terakhir pemilik berada di premis adalah pada 21 Mac lalu dan telah mengunci kedai menggunakan mangga dan rantai sekitar jam 9 malam.

Bagaimanapun, pemilik mendapati kedainya dipecah masuk ketika singgah untuk membuat tinjauan, Sabtu lalu.

Kerajaan telah menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

(SUMBER: Berita Harian)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Gambar Hiasan

Gara-gara tekad melepaskan gian berkonvoi, empat penunggang motosikal berkuasa besar ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berusia di antara 20 hingga 30an, mereka di tahan 9.30 pagi tadi di Jalan Besar Titi, Jelebu selepas bertolak dari Cheras.

Menurut laporan Harian Metro, mereka ditahan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal mendedahkan kesemuanya menyedari tindakan mereka melanggar PKP seperti yang dikuatkuasakan kerajaan bermula 18 Mac lalu.

Sementara itu, orang ramai diminta mematuhi PKP yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang setakat ini telah pun mencecah 2,470 kes dengan 34 kematian.

(SUMBER: Harian Metro)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Berita gembira bagi pemilik yang masih lagi memiliki sebuah Honda VFR750R (RC30) tatkala pengeluar motosikal itu akan menghasilkan semula alat ganti menerusi program baharu.

Ini merupakan usaha Honda dalam kembali menghidupkan jentera ikonik itu yang masih lagi mempunyai peminat tersendiri.

Honda RC30 sememangnya cukup ikonik apatah lagi dihasilkan khas untuk bertanding di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 1987.

Jentera ini masih lagi mengekalkan tarikan sama bagi tahun 2020 dengan rekaan dan enjin V4 yang menghasilkan 76hp.

Bagaimanapun, memahami kegelisahan pemilik yang semakin sukar mendapatkan alat ganti sehingga jentera terpaksa terperuk lama, Honda akan menghasilkan semula alat ganti RC30 ini.

Program VFR750R (RC30) Refresh Plan itu – yang diumumkan menerusi laman sesawang Honda Jepun – akan dilancarkan pada Jun.

Menariknya, program tersebut mengumpulkan pemilik RC30 dalam usaha mengenal pasti alat ganti yang harus dihasilkan semula.

Meskipun ketika ini program tersebut diperkenalkan hanya untuk pasaran Jepun namun diharapkan alat ganti tersebut akan mudah diakses pemilik RC30 seluruh dunia terutamanya di Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup empat jalan utama di Petaling Jaya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

Jalan tersebut melibatkan:

  • Jalan 5/46 Gasing Indah
  • Jalan Persiaran Mahogani, Seksyen 9, Kota Damansara
  • Jalan Persiaran Jati, Seksyen 8, Kota Damansara
  • Jalan Persiaran Sungai Buloh, Kota Damansara

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee meminta agar pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif lain seperti NPE, Jalan Persiaran Kenanga-Kota Damansara, Jalan Persiaran Surian-Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana-Casa Tropicana.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan PDRM dapat melaksanakan sekatan jalan dengan lebih efisien di samping mengatasi masalah segelintir individu yang cuba mengelak sekatan.

Bagaimanapun, laluan ditutup itu masih boleh diakses pihak penguatkuasa dan ambulans.

(SUMBER: Malaysiakini)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube