Motorsikal lain yang dilancarkan semalam ialah CFLite 250NK 2025, dengan harga jualan menarik bermula dari RM9,888.00.
Ia merupakan motosikal jenis naked/roadster ringan dari CFMoto, dengan bentuk yang mirip model NK lebih besar jenama tersebut. Terdapat juga beberapa elemen rekabentuk yang serupa dengan KTM 250 Duke, memandangkan CFMoto berkongsi agensi rekabentuk yang sama, iaitu Kiska, bersama KTM.
Ciri-ciri:
-
Enjin 249cc, silinder tunggal, DOHC yang menghasilkan 27.5hp (20.5 kW) pada 9,750 RPM dan tork 22 Nm pada 7,500 RPM.
- Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di bahagian hadapan dan monoshock di belakang.
- Brek depan menggunakan cakera tunggal 292mm yang dipasang dengan kaliper 4-piston.
- Brek belakang menggunakan cakera 220mm dengan kaliper 1-piston.
- Sistem ABS dwi-salur disediakan sebagai peralatan standard.
- Mempunyai tangki minyak berkapasiti 12.5 liter.
- Berat tanpa muatan ialah 158 kg.
- Ketinggian tempat duduk ialah 795mm.
- Dilengkapi lampu LED.
- Pengecas USB Type-A and Type-C.
CFLite 250NK (2025) boleh didapati dalam warna-warna Bordeaux Red, Nebula Black, Nebula White, dan Zephyr Blue.