Bikesrepublic

Berita Terkini

Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan lebih daripada 107,000 saman dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina, bermula 20 Januari lalu hingga hari ini (10 Febuari).

Kesalahan berkaitan pelesenan kenderaan, pelesenan pemandu dan teknikal antara kesalahan tertinggi yang direkodkan. Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya mengeluarkan notis sebanyak 107,014 notis atas pelbagai kesalahan ke atas pelbagai kenderaan dan pemandu hasil pemeriksaan sebanyak 429,423 kenderaan di seluruh negara.

Selain itu sebanyak 724 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai insurans dan cukai jalan serta kenderaan yang dipandu warga asing tanpa lesen yang sah.

Notis JPJ(P) 22 dikeluarkan atas kesalahan seperti berkaitan pelesenan kenderaan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans sebanyak 29,994; pelesenan pemandu iaitu tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh (20,414) dan teknikal iaitu brek dan tayar botak (15,610).

Tambah lagi sebanyak notis 9,052 dikeluarkan bagi lain-lain kesalahan, kesalahan berkaitan kesalahan utama (3,994), kesalahan kenderaan barangan (3,161).

Bagi kesalahan kenderaan perkhidmatan awam (bas) sebanyak 241 notis dikeluarkan dan gagal patuhi larangan pemanduan kenderaan barangan pula 140 notis,” katanya.

Operasi bersepadu berkenaan turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS Malaysia.

Mengulas lanjut, Aedy berkata, kesalahan teknikal seperti tayar dan brek menjadi kesalahan yang kerap dalam setiap operasi dan pihaknya mengingatkan semua pengguna dan pemilik kenderaan atau pemilik syarikat kenderaan sentiasa memeriksa kenderaan mereka.

Operasi itu juga menguatkuasakan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan selama empat hari iaitu pada 27 dan lalu (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Februari lalu (selepas perayaan).

JPJ mengesan kenderaan barangan gagal mematuhi larangan berkenaan dan 140 notis dikeluarkan serta 21 kenderaan ditahan mengikut Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran saman ketika Operasi Khas Tahun Baru Cina 2025 menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya 207,127 notis.

“Statistik itu menunjukkan terdapat peningkatan tahap dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya melalui kaedah penguatkuasaan,” katanya

Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan bagi kelancaran lalu lintas sempena perayaan Thaipusam pada Selasa depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, bagi upacara Perarakan Chariot, ia akan diadakan pada Ahad ini, bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee pada 9 malam.

“Perarakan itu dijangka akan berakhir jam 4 petang, Isnin depan di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Selangor. Perarakan balik akan bermula jam 3 petang, Rabu depan melalui laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, bagi melancarkan pergerakan perarakan ini, beberapa jalan utama serta laluan berkaitan di sekitar pusat bandar akan ditutup dan dilencongkan.

Laluan yang terbabit bagi perarakan berkenaan membabitkan Jalan Tun H.S. Lee – Jalan Sultan – Jalan Tun Tan Cheng Lock- Jalan Pudu – Jalan Tun Perak – Jalan Lebuh Ampang-Jalan Ampang -Jalan Munshi Abdullah – Jalan Dang Wangi – Jalan Raja Laut – Jalan Belia – Jalan Sri Amar – Jalan Raja Laut – Jalan Sultan Azlan Shah – Jalan Tun Razak (U- turn) – Jalan Tun Razak – Sultan Azlan Shah.

“Jalan Ipoh Lama (Batu 5) – Jalan Kampung Batu – Jalan Kepong Baru – Bulatan Ipoh – Jalan Ipoh (KL) (arah bertentangan) – Bulatan Batu Caves (arah bertentangan dari MRR2) – Susur MRR2 – Batu Caves (melalu laluan bertentangan dan lintasan khas),” katanya

Beliau berkata, polis menasihatkan pengguna jalan raya, khususnya warga ibu kota supaya merancang perjalanan dan elakkan melalui laluan terbabit dengan penutupan dan lencongan. Menurutnya, selain itu orang ramai juga dinasihatkan mematuhi arahan anggota polis bertugas bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluaskan pelaksanaan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya pada waktu puncak di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang mulai 19 Februari ini.

Ia membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun berkata, pelaksanaan larangan itu diwartakan oleh kerajaan pada 21 Oktober tahun lalu dan salah satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

Ia bertujuan melancarkan pergerakan trafik di kawasan Lembah Klang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kenderaan berat yang terbabit dalam pelaksanaan larangan ini adalah kenderaan motor Kelas 2 iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda kecuali bas.

Turut terbabit ialah kenderaan motor Kelas 3 iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, larangan dikecualikan bagi kenderaan berat yang terbabit dengan kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik, perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan serta kenderaan berat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya.

LLM menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi waktu larangan pergerakan kenderaan berat ini apabila ia mula dilaksanakan,” katanya.

Honda menjangka untuk menjual 20.2 juta motosikal di seluruh dunia pada tahun fiskal 2024 mereka yang berakhir pada 31 Mac 2025.

Sekiranya itu berlaku, ia mewakili peningkatan 8% daripada tahun fiskal 2023, yang menyaksikan jualan sebanyak 18.7 juta unit.

Jumlah itu menyamai hampir 40 peratus pasaran motosikal dunia. Penyumbang terbesar dijangka daripada Asia, lebih khusus di Indonesia, Thailand, India dan Vietnam. Wilayah ini sahaja akan menyaksikan kira-kira 17.1 juta jualan (84.6 peratus).

Pasaran lain seperti Jepun, Eropah, dan Amerika Syarikat akan membentuk gabungan 1.2 juta motosikal (5.9 peratus).

Honda mengeluarkan motosikal dalam pelbagai bentuk dan saiz, sekali gus mampu mendapat permintaan di mana-mana pasaran. Motosikal berkapasiti lebih kecil menguasai jalan-jalan Asia Tenggara, manakala model berkapasiti lebih besar adalah ruji di benua Eropah dan Amerika Utara.

Syarikat itu turut akan meletakkan sasaran mereka di rantau Asia Barat Daya di mana 50 juta motosikal telah dijual.

By the way, sekadar perbandingan, BMW Motorrad menjual 210,408 motosikal pada 2024. Jadi, ini bermakna Honda akan menjual 100 lebih daripada itu.

Terdapat Honda Gl1800 Gold Wing dengan dua warna khas untuk meraikan ulang tahun ke-50 model itu.

Pertama kali dilancarkan pada tahun 1975 sebagai GL1000 dengan enjin empat silinder mendatar, Gold Wing telah berkembang selama bertahun-tahun kepada enjin enam silinder mendatar 1833cc semasa. Kemas kini lengkap terakhir adalah pada 2018 yang menyaksikan ia memperoleh fork ‘girder‘ dan DCT (Dual Clutch Transmission) Honda.

Kemas kini telah diberikan kepada kedua-dua varian standard dan Tour bagi motosikal tersebut – termasuk dua kemasan cat baharu yang dipengaruhi oleh model masa lalu. Antaranya ialah gabungan Eternal Gold dan Mahogany Brown, yang mendapat inspirasi daripada varian GL1500 1988 – dengan lencana unik turut menandakan hari jadi istimewa.

Sensor O2 tambahan dipasang pada sistem ekzos, serta kemas kini pada ECU untuk menjadikan enjin 124.7hp untuk memenuhi peraturan Euro5+. Pembeli boleh memilih antara pilihan transmisi manual dan DCT.

Pencapaian seterusnya termasuk lambang Gold Wing pada kunci dan paparan TFT tujuh inci, yang didatangkan lengkap dengan ulang tahun ke-50 dan lambang ‘Sejak 1975’.

Selain itu, 1833 motosikal pertama yang dijual di seluruh Eropah (mengikut kapasiti enjin) akan datang dengan model replika berukuran 280mm panjang, dengan tinggi 152mm.

Rombakan juga telah dibuat pada teknologi audio dan penunggang/pembonceng, dengan Apple CarPlay dan Android Auto wayarles tersedia, di samping sistem pembesar suara baharu untuk audio yang lebih baik pada kelajuan tinggi.

Selanjutnya, ciri ‘Ducking’ akan merendahkan muzik latar secara automatik semasa perbualan melalui komunikasi, dan anda mendapat dua soket pengecasan USB-C untuk telefon pintar pada kedua-dua varian standard dan Tour.

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan beberapa syarikat pemeriksaan kenderaan baharu esok.

Menterinya, Anthony Loke berkata, “Kita mengharapkan apabila kita membuka pasaran ini, adanya persaingan daripada segi perkhidmatan.

Ia akan meningkatkan lagi mutu pemeriksaan kenderaan supaya sama-sama kita pastikan integriti pemeriksaan kenderaan ini dapat dipertingkatkan,” katanya semasa semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai sejauh manakah amalan membenarkan satu monopoli kepada sesuatu syarikat boleh memberi kesan terhadap tahap keselamatan kenderaan.

Mengulas lanjut, Anthony mengakui, sekiranya sesuatu industri mempunyai unsur monopoli, ia akan menjejaskan mutu perkhidmatan dan disebabkan itu pihaknya menggalakkan persaingan.

Kementerian Pengangkutan sudah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk menamatkan dasar konsesi atau dasar monopoli kepada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) pada tahun lalu.

Ketika ini, sebenarnya Puspakom tidak lagi memiliki konsesi, apa yang kita berikan kepada mereka ialah satu lesen sahaja untuk beroperasi.

Apa yang kita (mahu) laksanakan ialah membuka pasaran pemeriksaan kenderaan ini kepada lebih banyak pengusaha lain,” katanya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube