- Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi telah melakukan empat pusingan kelmarin di Misano di atas jentera Yamaha YZF-R1M yang juga merupakan sebahagian daripada ujian kecergasannya.
- Juara Dunia sembilan kali itu tidak sabar untuk meneruskan cabaran kejohanan 2017-nya setelah terpaksa berehat pada pusingan MotGP yang lalu oleh kerana kecederaan yang mengakibatkan keretakan berganda pada kaki kanannya.
- Rossi telah menyasarkan untuk kembali berlumba di atas jentera Yamaha M1 kesayangannya itu di Aragon pada hujung minggu ini walaupun pasukannya telah mengumumkan bahawa penunggang pasukan pengilang WorldSBK, Michael van der Mark akan menggantikan tempatnya pada pusingan berkenaan.