Bikesrepublic

triumph

Triumph’s upcoming new middleweight big boy is almost ready for its official launch but before that happens, they’ve decided to tease us even more with a bunch of photos of the upcoming Triumph Trident (heavily disguised in camo, of course). (more…)

It’s been over 20 years since we last heard about the Triumph Trident and in 2021, there will be a new model and it will be as good as it sounds. Making its maiden launch way back in 1968, the 2021 Triumph Trident is set for a proper comeback to bring in some heat in the middleweight roadster segment. (more…)

Triumph Motorcycles bakal mengembalikan model Trident pada 2021 sejak kali terakhir diperkenalkan lebih 20 tahun lalu.

Seperti model sulung yang dilancarkan pada 1968, Trident 2021 akan terus dikuasakan dengan enjin tiga silinder dan bakal sertai barisan Street Triple dan Speed Triple tahun depan.

Pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia, Fastbikes turut memuat naik pengumuman mengenai model baharu ini di laman Facebook mereka.

https://www.facebook.com/Triumph.Motorcycles.Malaysia/

Meskipun menggunakan nama Trident namun model baharu ini tidak mengikut acuan sama – retro klasik – yang dipaparkan pada model Trident sebelumnya bagaimanapun, rekaan lampu ikonik berbentuk bulat itu masih lagi dikekalkan.

Mereka di Hinckley buat julung kalinya mendedahkan model baharu ini menerusi jentera prototaip yang ditayangkan hari ini di Muzium Rekaan London.

Prototaip ini memberi bayangan terbaik akan model pengeluaran sebenar yang akan dilancarkan tahun depan di samping harga yang kompetitif.

Pada masa sama, Triumph menjelaskan pemilihan enjin tiga-silinder berbanding silinder berkembar adalah berdasarkan permintaan pasaran yang kini condong ke arah tersebut.

Meskipun dijangka berada dalam lingkungan harga ‘mampu milik’namun Triumph mendakwa model ini akan didatangkan dengan ciri moden seperti yang terdapat pada model sedia ada.

Looks like the COVID-19 pandemic is affecting everyone hard, including Triumph Motorcycles. According to a recent report posted by MCN, around 400 employees across the globe will be laid off due to sharp downfall of demands for large-capacity bikes, not just Triumph but all manufacturers overall. (more…)

The upcoming 25th James Bond movie, No Time To Die, will feature the first baby of the official partnership between EON Productions and Triumph Motorcycles in the form of the super sexy 2020 Triumph Scrambler 1200 Bond Edition. (more…)

Baru-baru ini, lebih 97 unit Ducati 1299 Superleggera telah dipanggil semula susulan masalah pad brek mudah terhakis dan kini isu itu turut membabitkan lebih 3,691 unit Triumph.

Triumph muncul jenama kedua yang dipanggil National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat atas isu sama selepas Ducati 1299 Superleggera.

Isu ini membabitkan pad brek mudah terhakis lalu memberi kesan terhadap daya membrek motosikal.

Bagi yang mahu memahami lebih lanjut sila KLIK SINI.

Model Triumph yang terkesan adalah seperti berikut:

  • Street Triple RS (2018-2020)
  • Tiger 1200 XCx (2018-2020)
  • Tiger 1200 XCA (2018-2020)
  • Speed Triple S (2019-2020)
  • Speed Triple RS (2019-2020)
  • Tiger 1200 XRT (2018-2019)
  • Tiger 1200 XR (2018-2019)
  • Tiger 1200 XRx (2018-2019)
  • Tiger 1299 XRx LRH (2018-2019)
  • Tiger 1200 Alpine/Desert Edition (2020)

Pertukaran pad brek depan akan dilaksanakan secara percuma bagi setiap pemilik jentera yang terkesan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

As expected when the National Highway Traffic and Safety Association (NHTSA) posted up a recall for the very rare Ducati 1299 Superleggera, the same element of recall has now been made for over 3,600 Triumph motorcycles in the US. The culprit? A rough batch of brake pads produced by Triumph’s brake supplier, Brembo. (more…)

Seorang petugas barisan hadapan di United Kingdom telah menjadi mangsa kes kecurian apabila motosikal jenis Triumph Sprint 995i dilarikan.

Ian Evans yang bertugas selaku saintis di National Health Service (NHS) memuat naik info kecurian motosikalnya di laman Twitter.

Menyedari perkara itu, Triumph Motorcycle UK menghubungi Ian dan membuat keputusan untuk meminjamkan sebuah Triumph Tiger 800 lengkap dengan panniers dan insurans.

Meskipun motosikal Ian berjaya dijumpai semula namun kerosakkan yang dialami memerlukan tempoh lama untuk dibaik pulih.

Bagaimanapun, Triumph UK membenarkan Ian meminjam Tiger 800 terbabit sehinggalah motosikal siap dibaik pulih.

“Berita kecurian motosikal bukan sesuatu yang baik untuk didengar tetapi apatah lagi bila mangsa merupakan petugas barisan hadapan ketika waktu pandemik ini.

“Kami berbangga dapat membantu terima kasih kepada semua pasukan di NHS termasuk petugas barisan hadapan lain,” kata Pengarah Urusan Triumph Motorcycles UK dan Ireland, Devron Boulton.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Triumph Malaysia menerusi Fastbikes Sdn Bhd, melancarkan Triumph Rocket 3 R dan GT untuk pasaran tempatan, hari ini.

Meneruskan legasi Rocket III yang dilancarkan 16 tahun lalu, Triumph Rocket 3 R dan GT merupakan motosikal untuk pasaran umum dengan enjin terbesar pernah dihasilkan – 2,500cc – sekaligus muncul sebagai pesaing utama Ducati Diavel.

The Beast mungkin jolokan paling sesuai bagi Rocket 3 R dan GP namun jangan tertipu kerana jentera ini mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat!

Meskipun berat mencapai 362 kilogram, namun dengan 165hp pada 6,000rpm dan 220Nm pada 4,000rpm – bersamaan dengan tork yang ditawarkan Honda Civic 1.5 TC-P – Rocket 3 R dan GT sememangnya jentera sport cruiser yang pantas.

Triumph Rocket 3 GT

Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi klac hidraulik dengan transmisi 6-kelajuan.

Terdapat dua varian ditawarkan bagi pasaran tempatan, Rocket 3 R dan Rocket 3 GT. Berdasarkan nama diberi, R merupakan versi sporty manakala GT menawarkan tunggangan santai dan jarak jauh.

Triumph Rocket 3 R

Kedua-duanya dilengkapi dengan penyerap hentakan Showa boleh laras – rebound dan compression bagi fork 47mm depan sementara kaliper brek Brembo M4 Stylema empat piston memastikan daya membrek efisien.

Antara ciri elektronik lain ditawarkan:

  • paparan skrin TFT-LCD
  • traction control
  • empat mod tunggangan
  • hill control
  • cruise control
  • keyless
  • ABS cornering

Bagi memastikan nadi 2.5L terus bernyawa Rocket 3 R dan GT didatangkan dengan tangki 18 liter.

Berikut harga yang ditawarkan:

  • Triumph Rocket 3 R – RM130,900
  • Triumph Rocket 3 GT – RM136,900

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Triumph Motorcycles Malaysia is ready to kick things off in 2020 with a bang by introducing four new bikes for the Malaysian market. What you’re looking at are the 2020 Triumph Thruxton RS, Triumph Rocket 3 R, and the Triumph Rocket 3 GT. (more…)

Kalau bercakap tentang Triumph Rocket 3, fokus utama sudah pastinya mengenai enjin 2.5L tiga silinder yang duduk dicelah kaki kiri dan kanan penunggang.

Atas kertas, motosikal tersebut mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat tetapi keputusan mengejutkan berlaku ketika acara korporat Triumph baru-baru ini.

Triumph Rocket tersebut merekodkan 0-100km/j dalam masa 2.73 saat! Tak percaya? Kami ada bukti menerusi video dibawah:

Bagi sebuah jentera yang mempunyai berat sekitar 362 kilogram, catatan itu sangat mengagumkan meskipun enjin besar tersebut menghasilkan 165hp dan 220Nm – bersamaan dengan tork yang ditawarkan Honda Civic 1.5 TC-P.

Secara asasnya, Rocket 3 merupakan motosikal jenis sport cruiser tetapi dengan kelajuan yang mampu dicapai terbuktinya jentera ini bukanlah cruiser biasa.

Triumph Rocket 3 akan mendarat di Malaysia hujung minggu ini, nantikan laporan kami di MotoMalaya.net!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

If you’re looking for huge power and big size, the latest 2020 Triumph Rocket 3 might just be the ultimate production motorcycle thanks to its 2,500cc inline three-cylinder engine (which happens to be the world’s biggest production motorcycle engine at the moment). (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube