- Mike Akatiff bersama dengan bantuan daripada Top 1 Oil telah memecahkan rekod kelajuan bagi motosikal terpantas di dunia pada tahun 2010 yang lalu dengan sebuah ‘streamliner’ TOP 1 ACK ATTACK.
- Jentera yang dijana oleh Suzuki Hayabusa berkembar itu telah berjaya mencapai kelajuan melebihi 376bsj (605km/j) namun untuk tahun ini, pasukan itu sedang merancang untuk memecahkan rekod itu sekali lagi dengan cubaan untuk melepasi penanda 400bsj (643km/j).
- Pasukan Mike Akatiff bersama dengan TOP 1 Oil akan menuju ke pamah garam Salar de Uyuni berdekatan dengan Pergunungan Andes bermula dari 3 Ogos hinggan 8 Ogos 2017 untuk mencapai apa yang suatu ketika dahulu dikatakan mustahil.