Bikesrepublic

Honda Malaysia

Honda Malaysia mengumumkan sejumlah 7,050 unit CR-V 2018 perlu digantikan ‘gear push knob button’ sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, setiap model sedia ada yang dijual tidak terkesan dengan kempen kemaskini produk ini.

Kempen ini adalah langkah berjaga-jaga bagi menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi Honda CR-V 2018 berkaitan dengan tuil gear terutamanya ketika mahu mengubah daripada ‘parking’ kepada posisi lain.

Penggantian ini tidak akan dikenakan sebarang caj dan segala kos yang terlibat akan ditanggung pihak Honda Malaysia.

Pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat makluman yang yang mengandungi segala perincian mengenai kemaskini yang dijalankan.

Orang ramai yang menerima makluman ini diminta untuk segera membawa kenderaan mereka ke pengedar Honda terdekat.

Hubungi 1-800-88-20020 atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Sempena Kempen Road to 900,000 Unit, Honda Malaysia menawarkan sembilan model bagi rakyat Malaysia yang bertuah.

Kempen ini sebagai penghargaan kepada kejayaan Honda mencapai penjualan lebih 900,000 unit dalam suku ketiga 2019.

Kempen Road to 900,000 Unit akan berjalan di setiap 90 pengedar rasmi Honda seluruh negara termasuk jelajah Road to 900,000 Unit yang akan berjalan dari Ogos hingga September 2019.

Pelanggan boleh berkunjung ke pengedar terdekat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti disediakan bagi mengumpul tiket. Pelanggan yang membuat tempahan kereta baharu juga berpeluang mendapat tiket.

Lebih banyak tiket dikumpul lebih tinggi peluang untuk memenangi 9 model Honda yang ditawarkan.

Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toich Ishiyama berkata kempen ini adalah cara Honda mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia jenama itu.

“Rakyat Malaysia berpeluang memenangi model seperti Honda Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civi, CR-V dan Accord.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada Honda untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Honda jenama kereta bukan nasional no.1 negara ini,”jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Road to 900,000 Unit, layari honda.com.my/microsite/900k.

Pemilik Honda di Bintulu, Sarawak kini boleh menikmati pelbagai kemudahan dengan pembukaan Pusat 3S oleh Kemena Auto Sdn Bhd.

Pembukaan pusat 3S baharu ini selaras dengan strategi Honda Malaysia untuk memperkukuhkan jaringan pengedar di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Mr Toichi Ishiyama menyifatkan Malaysia Timur, (Sabah dan Sarawak) merupakan antara pasaran penting bagi Honda.

“Perkembangan di Malaysia Timur bermula empat tahun lalu dan sehingga kami Honda Malaysia memiliki 13 pengedar dengan tujuh daripadanya terletak di Sarawak. Sebagai satu-satunya pengedar di Bintulu, kami percaya Kemena Auto akan menyediakan pelbagai servis kepada pelanggan di kawasan ini,”jelasnya.

Sebanyak RM11 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan Pusat 3S Honda ini yang terletak di atas tanah seluas 43,560 kaki persegi dan dilengkapi dengan segala kemudahan yang mengikut piawaian Honda.

Antara kemudahan yang terdapat di pusat berikut:

  • 6 tapak servis
  • 3 tapak penyelenggaraan am
  • 1 tapak servis tayar

Kesemua tapak ini mampu memuatkan sehingga 40 kereta sehari.

Sejajar dengan usaha Honda untuk mewujudkan pengalaman terbaik kepada pelanggan, Pusat 3S Honda Kemena Auto telah meyediakan pelbagai kemudahan lain antaranya ruang pelanggan, servis Wi-Fi, Kids Corner, makanan dan minuman percuma serta Surau.

Pasaran Malaysia Timur telah membuat sumbangan besar terhadap penjualan Honda Malaysia dengan lebih 2,300 unit didaftarkan pada Mei 2019 – 1,300 unit dijual di Sarawak sekaligus menyumbang 60 peratus terhadap keseluruhan penjualan bagi Malaysia Timur.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat 3S Honda Kemena Auto, hubungi 086-342899 atau 086-342599 atau datang terus ke lokasi yang terletak di Lot 14728, Taman Terus, Jalan Tun Hussein Onn,97000, Bintulu, Sarawak.

Berita gembira buat peminat jentera ‘mid range’ di Malaysia apabila Boon Siew Honda Malaysia memperkenalkan tiga model baharu dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di The Glasshouse,  Seputeh,  hari ini.

Tiga model baharu tersebut; CBR500R, CB500X dan CB500F dijangka akan menghangatkan lagi pasaran motosikal ‘mid range’ yang sering menjadi perhatian penggemar motosikal di Malaysia.

Ketiga-tiga model tersebut dihasilkan dengan enjin 471cc liquid cool parallel twin dengan 8 valve yang didakwa mampu mencerna 49hp pada 8,500rpm.

Menariknya,  ketiga-tiga model dilengkapi dengan sistem ABS yang didatangkan secara standard.

Honda CBR500 kini tampil dengan rekaan lebih sporty sama dengan ‘abang besar’ CBR1000R. Sistem ekzos dinaiktaraf sekaligus meningkatkan kuasa tork sehingga 4 peratus.

Sementara itu,  Honda turut menyifatkan rekaan serba baharu bagi Honda CB500F berdasarkan konsep jentera serba boleh.

Tampak garang namun mudah dijinakkan, CB500F seperti dua model lain didatangkan dengan assist & slipper clutch sekaligus memastikan tunggangan yang lebih selesa dan lancar.

Bagaimanapun, paling mencuri tumpuan adalah CB500X yang kini dilengkapi dengan tayar depan 19 inci berbanding 17 inci sebelum ini. Honda menyifatkan perubahan itu meningkatkan lagi pengawalan terutamanya di atas permukaan yang tidak rata.

Tempahan bagi Honda CB500X telah pun dibuka dengan proses penyerahan kepada pelanggan akan dilakukan pada hujung bulan ini sementara dua model lagi akan dipasarkan dalam masa terdekat.

Berikut senarai harga bagi ketiga-tiga model:

  • CB500F – RM33,999
  • CB500X – RM36,099
  • CBR500R – RM34,499

Honda Malaysia merekodkan pencapaian baharu apabila menyerahkan model Civic yang ke 130,000 kepada pemiliknya. Pencapaian menakjubkan ini merupakan pengumpulan penjualan Civic sejak model generasi ke-7 diperkenalkan pada 2001.

Pencapaian ini mencerminkan penerimaan baik oleh orang ramai terutamanya bagi model Civic dalam segmen-C kereta sedan. Ketika ini Civic mendahului segmen terbabit.

Honda Civic merupakan antara unit paling popular di Malaysia dengan lebih 9,300 unit Generasi ke-7 terjual, diikuti 50,400 unit Generasi ke-8 dan 27,000 unit bagi Generasi ke-9. Manakala, Civic Generasi ke-10 yang dilancarkan pada 2016 – juga generasi pertama yang mendapat suntikan enjin turbo – telah pun mencatat penjualan 42,200 unit.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen meluahkan rasa terima kasih kepada semua 130,000 pemilik Honda Civic di Malaysia.

“Saya berasa berbesar hati kepada semua pemilik Honda Civic di Malaysia. Sokongan dan kepercayaan mereka kepada jenama Honda memastikan kami kekal mendahului Segmen-C kenderaan sedan. Meskipun terdapat kekangan dalam penjualan unit Civic awal tahun ini namun kami tetap terus mendahului Segmen-C. Kami yakin mampu mencapai sasaran penjualan bagi tahun 2019,”jelasnya.

Civic dijana dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang dihasilkan di bawah Honda Earth Dreams Technology, sekaligus menghasilkan prestasi seperti enjin 2.4L. Honda Civic turut dilengkapi dengan sistem pemantauan pintar yang bertindak mengekalkan prestasi enjin ditahap optimum.

Bagi memastikan keselamatan pemanduan, semua unit Civic dilengkapi dengan 6 beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan ISO Fix.

Honda Malaysia terpaksa memanggil semula 9, 998 unit model Accord 2.0L 2003 hingga 2007 bagi menggantikan inflator beg udara Takata bahagian pemandu.

Penggantian tersebut sekadar langkah pencegahan bagi memastikan tahap keselamatan pemandu diutamakan.

Honda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menggesa agar pemilik model terlibat melakukan penggantian secepat mungkin. Kos pertukaran adalah percuma dan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda.

Bagaimanapun, Honda memberi jaminan bahawa model baharu sedia ada tidak terpalit dengan isu terbabit.

Sehingga hari ini, tiada sebarang kemalangan atau insiden yang berlaku disebabkan inflator beg udara dilaporkan di Malaysia.

Pemilik yang terkesan dengan isu ini akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia berserta maklumat terperinci mengenai penggantian ini.

Bagi memastikan kelancaran pertukaran alat ganti yang terlibat, Honda akan memastikan bahagian yang perlu diganti tersedia 100 peratus dalam masa terdekat.

Sehingga 21 April 2019, Honda Malaysia telah pun melaksanakan pertukaran lebih daripada 243, 720 unit inflator beg udara Takata.

Difahamkan, inflator beg sedia ada berkeupayaan untuk melepaskan tekanan yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya sekaligus boleh membawa maut kepada pemandu dan penumpang.

Sejajar dengan fokus Honda Malaysia untuk menawarkan nilai dan jaminan terbaik bagi servis selepas jualan, setiap pemilik Honda digalakkan untuk memohon Insurans Plus Honda (HiP).

Plan insurans ini dirangka dengan objektif utama untuk membina hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan Honda.

HiP menggariskan tiga asas utama, iaitu Rescue, Protection dan Saving bagi menyediakan perlindungan komprehensif terhadap setiap pelanggannya.

Rescue

Jika berlaku sebarang situasi yang tidak diingi, pasukan bantuan HiP akan bersiap sedia selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memastikan keselamatan pemilik kenderaan. Pelanggan juga boleh menghubungi bantuan kecemasan 1-800-18-1777 bila-bila masa tidak kira di mana jua.

Protection

Kereta Honda yang terlibat dalam kemalangan akan dibawa ke Pusat Honda Body and Paint rasmi bagi memudahkan kerja-kerja pemeriksaan dilakukan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Honda Malaysia memiliki 23 pusat seumpamanya diseluruh Malaysia.

Saving

Bagi mengurangkan tekanan kewanangan yang terpaksa dihadapi pelanggan, HiP menawarkan perlindungan lanjutan dan penjimatan yang lebih baik terhadap kos alat ganti. Antaranya, bayaran balik 100 peratus bagi ‘total loss’ dan kecurian. Servis ‘towing’ 24 jam turut disediakan sekiranya mengalami masalah di tengah jalan.

Oleh itu, setiap pemilik Honda tidak lagi perlu berasa bimbang sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini kerana HiP sedia membantu tidak kira masa dan di mana jua.

Jadi jangan lupa untuk bergegas ke pengedar rasmi Honda untuk memperbaharui atau membuat permohonan baru HiP atau hubungi 1-800-88-2020 untuk maklumat lanjut.

Honda Malaysia kekal sebagai pengeluar kenderaan luar utama di negara ini buat kali keempat berturut-turut selain mengekalkan kedudukan kedua keseluruhan dalam Total Industry Volume (TIV) buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun, bagi memastikan Honda terus menerajui segmen kenderaan luar utama di negara ini, Honda Malayasia telah menggariskan 3 strategi utama:

Ini 3 strategi utama dijanjikan Honda bagi tahun akan datang:

1) Meningkatkan kualiti khidmat pelanggan

Selain daripada menawarkan produk berkualiti, Honda Malaysia fokus dalam menawarkan servis khidmat pelanggan terbaik. Honda menjanjikan layanan pelanggan kelas pertama di semua wakil pengedar. Wakil Honda juga akan dilatih untuk memberikan pengalaman unik kepada pelanggan. Pelbagai manfaat dan servis turut menanti pelanggan!

2) Merperkuatkan rangkaian pengedar

Honda Malaysia sentiasa aktif dalam mempertingkatkan rangkaian pengedar dengan lebih 120 pengedar berdaftar – 83 di Semenanjung, 15 di Sabah dan Sarawak – termasuk 22 Pusat Body and Paint.

Kemudahan akses ke pengedar Honda terdekat memastikan pelanggan tidak perlu berjalan jauh untuk datang.

3) Perkenalan model baharu

Honda Malaysia bercadang untuk memperhangatkan pasaran kenderaan negara dengan memperkenalkan beberapa model baharu. Honda memulakan tahun 2019 dengan mempersembahkan model baharu HR-V 1.8L RS dan juga model hyrbrid pertama dalam segmen SUV kompak, HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD, awal tahun ini. Sebulan berikutnya, Honda memperkenalkan Jazz Mugen dan BR-V Special Edition keluaran terhad dengan hanya 300 unit sahaja ditawarkan.

Honda Malaysia kekal optimis arah tuju strategik baharu ini akan menjadi batu loncatan bagi mereka mencapai sasaran ditetapkan bagi 2019 di samping menjanjikan kepuasan pelanggan.

  • Boon Siew Honda ingin menjadi jenama paling laris di Malaysia bagi tahun 2019.
  • BSH telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun 2018.
  • Dengan itu, mereka telah memegang 30% saham pasaran.

(more…)

  • Boon Siew Honda wants to be the top brand in Malaysia in 2019.

  • BSH sold nearly 156,000 motorcycles in 2018.

  • As such, they hold 30% market share.

Boon Siew Honda (BSH) aims to put the Honda brand in top position in 2019.

BSH is confident in achieving this goal by setting the benchmark in each motorcycle segment through their range of models and brand positioning.

BSH Managing Director and Chief Executive Officer Keiichi Yasuda said that their confidence was boosted by the company’s performance in 2018. The official Honda motorcycle distributor in Malaysia sold almost 156,000 units last year. It marks an outstanding 28.7% gain from the 121,000 units sold in 2017.

(more…)

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan tiga model baharu bagi permulaan tahun 2019. Model-model tawaran terkini dari BSH adalah Honda Super Cub 125, Honda CBR1000RR Fireblade SP dan Honda CB1100 RS. Pelancaran motor baharu diadakan sempena pengumuman strategi utama BSH dalam menjadi jenama peneraju dalam industri motosika di dalam negara.

Honda Super Cub 125 – RM13,999

Selepas lebih 60 tahun dan jualan unit mencecah 100 juta di seluruh dunia, jelmaan Honda Super Cub C100 kini kembali untuk 2019 dalam bentuk Honda Super Cub C125. Bersedia untuk merempuh pasaran Malaysia, Super Cub generasi terkini merupakan kombinasi reka bentuk klasik bersama ciri-ciri moden seperti enjin 125cc SOHC empat-lejang dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana 9.1hp @ 7,500rpm dan 9.98Nm tork maksimum pada 5,000rpm.

Super Cub C125 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang lain seperti pakej lampu LED, sistem kunci pintar Honda, tempat duduk yang boleh dibuka secara elektronik, tangki minyak 3.7-liter dan banyak lagi.

Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black). BSH akan menawarkan model Super Cub C125 pada harga RM13,999 (harga jualan tanpa insurans).

Honda CBR1000RR Fireblade SP – RM114,999

Selepas perkenalan Honda CBR1000RR Fireblade di KLIMS 2018, BSH teruskan momentum superbike mereka dengan melancarkan model Honda CBR1000RR Fireblade SP.

Jentera yang direka khas untuk penggunaan litar memberi gaya tunggangan yang lebih hebat dalam pakej yang lebih ringan (195kg) bersama teknologi canggih menghasilkan pecutan dan kuasa menakjubkan.

Berkonsepkan “Next Stage Total Control”, model Fireblade SP didatangkan dengan enjin 1,000cc empat-silinder berjaya menghasilkan 189hp pada 13,000rpm dan 114Nm tork maksimum pada 11,000rpm. Model ini juga merupakan model Honda pertama yang dipasangkan dengan pakej suspensi elektronik pintar dari Ohlins.

Spesifikasi menarik yang lain adalah:

  • Tangki minyak titanium 16-liter
  • Sistem brek Brembo
  • Quickshifter
  • Cornering ABS

Model Fireblade SP didatangkan dengan warna HRC Tricolor pada harga RM114,999 (harga jualan tanpa insurans).

Honda CB1100 RS – RM75,999

Model terakhir dalam barisan motosikal Honda berkuasa tinggi yang memberi kejutan kepada ramai yang hadiri pelancaran sebentar tadi adalah Honda CB1100 RS. Gaya 70an ‘sporty’ memberi sebuah imej yang retro dan juga moden pada model motosikal ini.

Reka bentuk ini diserlahkan lagi dengan tangki minyak unik tanpa kesan pateri, lampu utama bulat dan dua instrumen jenis dial jenis LED. Enjin 1,140cc empat-silinder model ini mampu menjana 88.5hp pasa 7,500rpm dan 91Nm tork maksimum 5,500rpm.

Rekaan casis unik memberi sebuah imej motosikal yang lebih agresif dan ditambahbaikkan lagi dengan pakej suspensi hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) dan suspensi belakang Showa berkembar dengan remote reservoir.

BSH akan menawarkan model CB1100 Rs dalam warna hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic) pada harga RM75,999 (harga jualan tanpa insurans).

Untuk maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my.

  • Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave 125i serba baharu.
  • Motosikal kapchai 125cc yang versatil dan tahan lasak ini kini dilengkapi dengan reka bentuk yang segar dan moden.
  • BSH telah menetapkan harga bagi motosikal Honda Wave 125i baharu ini bermula dari RM5,999 hingga RM6,299 (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube